Permohonan Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah 2025

Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah kini membuka permohonan Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah untuk tahun 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai pembiayaan pendidikan ini.

Mengenai Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah
Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah yang diuruskan oleh Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) merupakan bantuan pembiayaan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.
Untuk pembiayaan ini, bayaran balik pembiayaan pendidikan bermula 12 bulan selepas pelajar menamatkan pengajian.
Pelajar serta penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pembiayaan pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pembiayaan yang telah diterima seperti di dalam dokumen pembiayaan.
Kadar Pembiayaan
Kadar pembiayaan yang ditawarkan oleh SPPNK adalah seperti berikut:
- Sijil: RM3,000.00 setahun
- Diploma: RM5,000.00 setahun
- Diploma (UniSHAMS): RM12,00.00 setahun
- Ijazah Sarjana Muda: RM7,000.00 setahun
- Ijazah Sarjana Muda (UniSHAMS): RM14,000 setahun
(Ijazah Sarjana Muda Pembedahan & Perubatan tidak layak memohon)
Senarai IPT
Senarai pelajat IPT yang layak memohon adalah seperti berikut:
- Sijil di Semua Kolej Komuniti/ Politeknik/ IPT Tempatan. (Kecuali Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Matrikulasi, Sijil Asasi, Sijil Kejururawatan)
- Diploma Pertama di Kolej Komuniti/Politeknik/IPT Tempatan.
- Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Semua Universiti Awam Tempatan
- Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti di bawah:
– Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
– Asian Institute of Medicine Science and Technology (AIMST)
– Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
– Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
– TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute
– Universiti Selangor (UNISEL)
– Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.
Syarat Umum
Syarat umum bagi permohonan pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah bertaraf Warganegara Malaysia.
- Pemohon atau ibu / bapa lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
- Pemohon mempunyai kesihatan yang baik. SPPNK berhak untuk meminta apa-apa dokumen tambahan sekiranya perlu.
- Pemohon tidak menerima bantuan / tajaan kewangan dari mana-mana agensi.
- Ibu/ Bapa / Penjaga tidak disenarai hitam / dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.
Cara Memohon
Permohonan adalah secara dalam talian (online) sahaja melalui laman web rasmi SPPNK iaitu https://sppnk.kedah.gov.my pada 11 Ogos hingga 15 September 2025 (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
Soalan Lazim
Pengajian ke peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) / STPM / STAM / Asasi / Matrikulasi / Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) / Ijazah Sarjana (Master) / PhD adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
Tidak layak.
Tidak Layak
Sekiranya anda berjaya, anda WAJIB memilih salah satu sahaja. SPPNK akan membuat semakan dengan pihak Penaja serta pihak IPT sebelum meluluskan permohonan pinjaman pendidikan pelajar baharu serta peminjam sedia ada. Pentadbiran SPPNK tidak mempunyai BANTAHAN sekiranya pelajar ingin memberhentikan tajaan pinjaman pendidikan SPPNK atas faktor menerima tajaan lain dengan syarat pelajar WAJIB membuat PEMBAYARAN PENUH sebarang WANG TAJAAN yang telah diberikan kepada puan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada TARIKH PEMAKLUMAN PEMBERHENTIAN daripada pelajar ATAU pemakluman daripada pihak Universiti/Penaja kepada pentadbiran ini (yang mana lebih awal). Pelajar serta penjamin boleh disenarai hitam sekiranya mengemukakan maklumat palsu berhubung tajaan yang diterima.
Pemohon perlu menamatkan perjanjian dengan PTPTN terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk membuat permohonan pembiayaan SPPNK. SPPNK akan membuat semakan dengan pihak PTPTN serta pihak IPT sebelum meluluskan permohonan pembiayaan pendidikan pelajar baharu.
Keputusan permohonan dijangka pada minggu ketiga Oktober dan boleh disemak dari masa ke semasa melalui portal SPPNK. Pemohon yang LULUS perlu memuat turun dokumen dan hantar semula ke SPPNK pada tarikh yang akan diumumkan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, sila hubungi 04-702 7296 / 7291.
Baca juga: Permohonan Sijil Tahfiz Negeri Perak 2025



