Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2023

Anggota atau anak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang ingin mendapatkan pembiayaan pendidikan bagi menyambung pengajian mereka, mereka boleh memohon menerusi Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA.

Yayasan ANGKASA ialah yayasan yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 Disember 2010 yang berperanan menyediakan kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah kepada biasiswa kepada anggota koperasi atau anak anggota koperasi bagi melanjutkan pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara.

Oleh itu, pemohon yang ingin mendapatkan pembiayaan ini boleh membuat permohonan sehingga 31 Oktober 2023.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang ditawarkan bagi kemudahan pembiayaan ini adalah seperti:

  • Ijazah Sarjana Muda (PJJ)
  • Ijazah Sarjana (Master)
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

Perubahan Kepada Biasiswa

Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA menawarkan perubahan kepada biasiswa mengikut pencapaian kelas dalam pengajian:

Sistem KelasPeratus Perubahan
Pertama100% Biasiswa
Kedua Atas60% Biasiswa
Lain-lain100% Pembiayaan

Menariknya, pembiayaan ini tidak mengenakan sebarang faedah kepada peminjam.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Anggota Koperasi yang berdaftar di bawah ANGKASA/anak kepada anggota koperasi
  3. Telah menerima surat tawaran pengajian daripada mana-mana IPTA atau IPTS.
  4. Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan daripada lain-lain penaja layak memohon.
  5. Maksimum 4 tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja).

Cara Memohon

Permohonan pembiayaan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Pemohon perlu membeli pin sebanyak RM10 menerusi Jom Pay terlebih dahulu:
    – Biller Code: 86231
    – Ref 1: Kad Pengenalan pemohon
    – Ref 2: No Kad Pengenalan pemohon
  2. Layari laman web https://www.yayasanangkasa.coop/pya/login.php.
  3. Klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan no pin diikuti dengan butang ‘Hantar.’
  5. Selepas itu, daftar klik ‘Login’ dan masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA, sila layari laman web https://www.yayasanangkasa.coop/ atau menghubungi:

  • Hal Ehwal Pelajar: 03-880 9358
  • Unit Teknologi Maklumat dan Inovasi: 03-880 5358
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: