Pembiayaan Program Perakaunan Professional FIA-ACCA Yayasan JCorp

Yayasan Johor Corporation (JCorp) melalui kerjasama Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) menawarkan pembiayaan pendidikan kepada pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) untuk menyertai program perakaunan profesional FIA-ACCA.

Matlamat pembiayaan ini adalah bagi meringankan bebanan dan tanggungan keluarga yang kurang berkemampuan untuk anak mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan mempunyai kebolehpasaran dalam industri.

Untuk makluman, Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA adalah program yang membolehkan graduan mendapat persijilan ACCA, iaitu badan perakaunan profesional yang diiktiraf di peringkat global untuk mereka meneruskan kerjaya dalam sektor perakaunan.

Pembiayaan ini akan memberi peluang kepada graduan untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat global.

Bagi graduan Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) yang berminat, permohonan bagi kemasukan sesi September 2022 telah dibuka.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Bumiputera
  2. Berumur tidak melebihi 25 tahun.
  3. Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakauanan dengan minimum PNGK 3.0 daripada universiti yang diakreditasi.
  4. Mendapat pengecualian penuh daripada ACCA.
  5. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.

Cara Memohon

Permohonan pembiayaan ini boleh dibuat menerusi pautan iaitu https://mypac.org.my/mypac-fia-acca-programme/.

Selepas melayari laman web tersebut, klik butang ‘Apply Now’ untuk membuat permohonan pembiayaan tersebut.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai pembiayaan pendidikan program perakaunan profesional FIA-ACCA, sila hubungi MyPAC di talian 012-9190210

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: