Permohonan Penajaan Biasiswa Kemasukan Ke AIU

Pelajar yang masih lagi belum mendaftar untuk melanjutkan pengajian di mana-mana IPTA/IPTS boleh memohon kemasukan ke AlBukhary International University (AIU) dan mendapat Penajaan Biasiswa Kemasukan ke institusi tersebut.

Untuk makluman, AIU adalah institusi pendidikan swasta antara yang terkemuka di Malaysia dibangunkan oleh ahli perniagaan terkenal Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Kampus AIU terletak di Alor Setar dan telah beroperasi sejak tahun 2010 yang menawarkan 9 kursus kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti ini.

Oleh itu, pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di universiti ini dan mendapat penajaan biasiswa kemasukan boleh membuat permohonan bagi sesi pengambilan Oktober 2021.

Tawaran Biasiswa

Tawaran Penajaan Biasiswa Kemasukan AIU ini merangkumi beberapa perkara berikut iaitu:

  1. Yuran pengajian untuk tempoh 3 tahun pengajian.
  2. Yuran penginapan asrama untuk tempoh 3 tahun pengajian.
  3. Elaun makan untuk tempoh 3 tahun pengajian.

Program Pengajian

Program pengajian yang ditawarkan menerusi pengambilan ke AIU ini adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian).
  2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran.
  3. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia.
  4. Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian).
  5. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian).
  6. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian).
  7. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rendah (Kepujian).
  8. Ijazah Sarjana Muda Media dan Komunikasi (Kepujian).
  9. Ijazah Sarjana Muda Pembangunan dan Sosial (Kepujian).

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin mendapatkan penajaan biasiswa ini perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Pemohon mestilah bujang.
  2. Permohonan terbuka kepada lelaki dan wanita.
  3. Pemohon berumur 18-22 tahun.
  4. Pendapatan bulanan keluarga pemohon minima RM2,900.
  5. CGPA minimum pemohon mestilah 2.80 dan ke atas pada peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi atau setaraf.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://apply.aiu.edu.my/index.php?page=home.
  2. Klik bahagian ‘First Time Login?’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik gambar berukuran passport.
  4. Klik butang ‘Register.’
  5. Log masuk dengan memasukkan email dan dan kata laluan.
  6. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul untuk melengkapkan permohonan.
  7. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi AIU di talian 04-7747392 atau menghantar email ke [email protected]/[email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: