Penajaan IKTISASS: Program Kemahiran Tahfiz & Ikhtisas Selangor

Pelajar dan lepasan Tahfiz kini boleh memohon penajaan bagi menyertai program kemahiran yang dilaksanakan oleh Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) iaitu Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

IKTISASS merupakan program kemahiran yang diwujudkan oleh STDC bagi menggalakkan lebih ramai anak-anak Selangor melanjutkan pengajian dalam bidang latihan terutamanya pelajar lepasa Tahfiz.

Untuk makluman, STDC merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum 15 Mac 2022.

Manfaat Kepada Pelajar

Pelajar yang terpilih mendapat penajaan IKTISASS ini bakal memperolehi manfaat seperti berikut:

  • Yuran pengajian dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor (terhad kepada 250 penerima sahaja).
  • Pelbagai program kemahiran ditawarkan.
  • Kemudahan fasiliti pembelajaran yang lengkap.
  • Suasana pembelajaran yang kondusif

Bidang Penajaan

Program kemahiran yang ditawarkan menerusi IKHTISASS adalah seperti berikut:

  • Teknologi automotif
  • Teknologi semburan cat
  • Teknologi motosikal
  • Teknologi sistem komputer
  • Teknologi elektrik
  • Teknologi penyaman udara
  • Pastri
  • Kulinari
  • Pereka fesyen wanita
  • Terapi spa

Syarat Kelayakan

Pemohon hanya perlu memenuhi syarat kelayakan bagi mendapatkan penajaan ini iaitu:

  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor.
  3. Pemohon telah bermastautin lebih 12 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN, Penghulu, Pengerusi JKKK/Ketua Kampung, Pengerusi Taman Perumahan dan lain-lain yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  4. Merupakan pelajar tahfiz yang masih atau pernah menuntut di sekolah atau institusi tahfiz yang diiktiraf oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor; atau
  5. Lulus Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau setaraf dan ujian 3M.
  6. Berumur daripada 16 tahun hingga 21 tahun sahaja.
  7. Penajaan pelajar/pelatih akan memberi keutamaan kepada kategori keluarga berpendapatan B40 dan M40;
  8. Diwajibkan berkhidmat dengan entiti perniagaan/institusi/industri yang berdaftar atau beralamat di Negeri Selangor mengikut tempoh yang akan ditetapkan berdasarkan penjanjian.
  9. Pemohon lulus temu duga yang di urus setia oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (jika ada).

Cara Memohon

Untuk memohon sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari pautan permohonan berikut https://stdc.edu.my/daftarsekarang.php.
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Semak maklumat permohonan sebelum menghantar permohonan.
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai penajaan IKTISASSS ini, sila hubungi Encik Mohd Nor Izzuddin Bin Rahudin di talian 0133241915 atau Encik Mohd Zuzaily Bin Zulkufele di talian 0122968139.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *