Penajaan Khas Penjawat Awam Peringkat Sarjana & PhD Universiti Meiji

Penjawat awam yang berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (PhD) dalam bidang ekonomi, polisi awam, tadbir urus, dan pengurusan bencana, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan khas kepada individu yang berminat untuk menyambung pengajian di Universiti Meiji, Jepun.

Tawaran ini dibuka bagi penjawat awam yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/ sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

Namun, penjawat awam yang ingin memohon perlulah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya sebelum membuat permohonan.

Penjawat awam yang berminat boleh membuat permohonan segara sehingga 20 Mei 2022 secara atas talian.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja di bawah program penajaan khas ini adalah seperti berikut:

  • Ekonomi.
  • Polisi Awam.
  • Tadbir Urus.
  • Pengurusan Bencana.

Kemudahan Yang Ditawarkan

Pemohon akan ditawarkan penajaan khas (seperti program Hadiah Latihan Persekutuan) dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh.

Syarat Khusus

Syarat khusus yang ditetapkan bagi permohonan penajaan ini adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan.
  2. Pemohon telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari 2022.
  3. Telah mencapai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2019, 2020 & 2021) dalam skim perkhidmatan semasa. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  4. Pada 1 Januari 2023, pemohon mestilah berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dan tidak melebihi 50 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana.
  5. Tempoh perkhidmatan minimum di kumpulan Pengurusan dan Profesional pada 1 Januari 2022 adalah seperti berikut:
    – Ijazah Sarjana: 8 tahun ke atas
    – Ijazah Kedoktoran: 9 tahun ke atas
  6. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:
    – Tempoh kursus lebih daripada 12 bulan: 2 tahun.
    – Tempoh kursus lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan: 1 tahun.
  7. Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan dan diperaku oleh Ketua Perkhidmatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia.
  8. Memohon bidang pengajian yang berkaitan dengan kepakaran skim perkhidmatan dan bidang tugas pemohon.
  9. Memohon pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik semasa yang dimiliki oleh pemohon.
  10. Bersih daripada sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib dan dakwaan Mahkamah.
  11. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini.
  12. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA.
  13. Pemohon bebas daripada sebarang penyakit kronik.
  14. Pemohon program penajaan khas ini di peringkat Ijazah Sarjana untuk bidang pengajian Ekonomi hendaklah mempunyai latar belakang akademik di peringkat ijazah pertama dalam bidang Ekonomi.
  15. Pemohon hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kursus pra syarat.
  16. Pemohon masih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di luar atau dalam negara; atau
  17. Telah mendapat tempat pengajian di Universiti Meiji, Jepun tetapi belum memulakan pengajian.
  18. Menyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian (dalam Bahasa Inggeris) mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Cara Memohon

Permohonan tajaan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=DOCJ
  2. Klik di bahagian ‘Daftar’ dan klik butang ‘Teruskan Pendaftaran.’
  3. Masukkan maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘ Teruskan Pendaftaran.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan serta klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai penajaan khas peringkat Sarjana dan PhD di Universiti Meiji ini, sila layari laman web https://esilav2.jpa.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: