Penanda Wacana: Senarai & Contoh Yang Biasa Digunakan

Penanda wacana ialah apa-apa yang digunakan untuk menandakan kesatuan fikiran sama ada dalam bentuk lisan ataupun penulisan.

Dalam erti kata yang lain, penanda wacana merupakan kata atau frasa yang berperanan dalam menguruskan aliran dan struktur wacana atau penceritaan.

Lazimnya, penanda wacana digunakan bagi memastikan menulis karangan atau penulisan tersebut menjadi gramatis.

Jenis & Contoh

Jenis-jenis dan contoh penanda waca yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

i) Untuk memulakan karangan

  • Pada era globalisasi ini
  • Dalam meniti arus kemodenan ini
  • Kini
  • Dewasa ini
  • Dasawarsa ini
  • Sejak sedekad yang lalu
  • Kebelakangan ini
  • Belakangan ini
  • Akhir-akhir ini
  • Baru-baru ini
  • Umum mengetahui bahawa
  • Sejak zaman-berzaman
  • Pada tahun- tahun belakangan ini

ii) Untuk menunjukkan turutan

  • Antara
  • Selain itu,
  • Di samping itu,
  • Lain daripada itu
  • Seterusnya
  • Begitu juga dengan
  • Akhir sekali

iii) Untuk menghuraikan isi karangan

  • Hal ini dikatakan demikian kerana
  • Hal ini berlaku kerana
  • Hal ini terjadi kerana
  • Hal ini disebabkan oleh
  • Hal ini wujud akibat daripada
  • Hal ini bersangkut-paut dengan
  • Hal ini berpunca daripada
  • Hal ini tercetus apabila
  • Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya

iv) Untuk memberi contoh

  • Misalnya
  • Contohnya
  • Sebagai contoh
  • Tamsilnya
  • Seperti yang kita sedia maklum,
  • Satu contoh
  • Satu cara
  • Antara contoh

v) Untuk menghuraikan contoh

  • Hal ini mengakibatkan
  • Hal ini menyebabkan,
  • Oleh itu
  • Maka
  • Oleh hal yang demikian
  • Oleh sebab itu
  • Jelaslah bahawa
  • Justifikasinya

vi) Penanda wacana untuk menutup isi

  • Kesannya
  • Natijahnya
  • Akibatnya
  • Kesudahannya
  • Dengan berbuat demikian
  • Dengan keadaan sedemikian
  • Dengan keadaan sedemiikian

vii) Untuk menulis dua huraian dalam satu ayat

  • Juga
  • Malah
  • Malahan
  • Tambahan pula
  • Sementelahan
  • Di samping
  • Bahkan

viii) Untuk memulakan perenggan penutup

  • Kesimpulannya
  • Intihanya
  • Secara tuntas
  • Tuntasnya
  • Konklusinya
  • Sebagai penutup wacana
  • Sebagai penghias bicara
  • Sebelum mengakhiri wacana ini,
  • Secara keseluruhan
  • Akhir kata

ix) Untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

  • Walau bagaimanapun
  • Namun demikian,
  • Namun begitu
  • Meskipin
  • Daripada perspektif yang berbeza
  • Jika dilihat dari sudut lain
  • Kontradiksinya
  • Di sebalik itu,
  • Dalam pada itu
  • Dari sudut lain

x) Untuk memasukkan ungkapan menarik

  • __________bak peribahasa
  • __________bak pepatah Melayu/ Cina/ Inggeris
  • __________bak kata mutiara
  • __________bak pepatah
  • Hal ini sama dengan peribahasa
  • Senario ini persis peribahasa Melayu iaitu
  • Fenomena ini dikatakan

Sumber: https://app.pandai.org/note/read/kssm-bm-10-03-02/kssm-f4-bm-03/02-penanda-wacana

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: