Calon persendirian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ulangan (SPMU) bagi tahun 2022 boleh mendaftar secara atas talian tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan, calon persendirian bermaksud mereka yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM secara sendiri tanpa melalui sekolah atau institusi pendidikan yang lain.
Oleh itu, pendaftaran bagi kedua-dua peperiksaan ini boleh dibuat mulai 8 Mei 2022 sehingga 10 Julai 2022 secara atas talian.
Kadar Bayaran
Kadar bayaran yang ditetapkan bagi peperiksaan SPM dan SPMU adalah seperti berikut:
- Bayaran Asas: RM20.00
- Bayaran Mata Pelajaran
– 119 Bahasa Inggeris: RM20.50
– Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat: RM10.50
– Mata Pelajaran Dengan Pentaksiran Pusat: RM12.00 - Bayaran Calon Lewat: RM150.00
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pendaftaran peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Calon baharu SPM mestilah berumur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan
- Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (calon mengulang).
- Mendaftar secara dalam talian sepenuhnya di sppat.moe.gov.my.
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
1. Layari laman web http://sppat2.moe.gov.my/.
2. Klik bahagian ‘Daftar Calon Baharu.’

3. Masukkan nombor kad pengenalan klik butang ‘Mohon.’

4. Sahkan maklumat yang diisi dan pastikan nombor kad pengenalan merupakan milik anda serta kemudian klik butang ‘Teruskan.’

5. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’

6. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’

7. Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan dan klik butang ‘Teruskan.’

8. Pilih pusat peperiksaan dan klik butang ‘Teruskan.’

9. Semak maklumat pendaftaran dan klik butang ‘Hantar.’

10. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/.