Pendaftaran Peperiksaan MUET Sesi 1 2023

Calon yang berhasrat untuk mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1 2023, pendaftaran peperiksaan MUET akan dibuka kepada umum mulai 7 Disember 2022

MUET merupakan peperiksaan yang dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan mulai tahun 1999.

Calon yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan MUET dengan baik akan melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Peperiksaan ini akan diambil oleh calon yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan Tingkatan 6 bagi membolehkan mereka menyambung pengajian bagi program ijazah pertama di IPT.

Oleh itu, calon yang ingin mendaftar peperiksaan ini boleh berbuat demikian mulai 7 Disember 2022 sehingga 10 Januari 2023.

Tarikh Ujian

Tarikh ujian yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia bagi sesi 1 2023 adalah seperti berikut:

UjianTarikh
Tarikh ujian lisan (Speaking)13, 14, 15, 16, 20, dan 21 Mac 2023
Tarikh ujian bertulis (Written)1 April 2023

Yuran Pendaftaran

Yuran pendaftaran bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia: RM100
  • Bukan Warganegara: RM350

Cara Mendaftar

Pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web pendaftran MUET iaitu https://muet.mpm.edu.my/registration
  2. Pilih negeri dan pusat peperiksaan MUET yang diingini.
  3. Masukkan maklumat diri yang diperlukan.
  4. Buat pembayaran melalui FPX atau Kad Kredit.
  5. Slip pendaftaran peperiksaan akan diberikan selepas pembayaran dilakukan.

Calon sekolah atau institusi pula perlu mendaftar melalui sekolah/institusi masing-masing.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai peperiksaan MUET sesi 1 2023, sila layari laman web https://muet.mpm.edu.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: