Pendaftaran Peperiksaan STPM 2023 (Sek Swasta & Persendirian)

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah membuka pendaftaran bagi pelajar sekolah swasta dan persendirian yang ingin mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2023.

STPM ialah peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia bagi Tingkatan 6 yang dilaksanakan oleh MPM.

Peperiksaan ini merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Peperiksaan ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga negara lain seperti Amerika Syarikat, Ireland dan Australia.

Untuk tahun 2023, pendaftaran peperiksaan STPM bagi calon sekolah swasta dan persendirian boleh dibuat mulai 3 Januari sehingga 24 Januari 2023 secara atas talian.

Kurikulum Peperiksaan

Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah bermula pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM tersebut.

Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.

Bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.

23 mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:

KodMata Pelajaran
900Pengajian Am
910Bahasa Melayu
911Bahasa Cina
912Bahasa Tamil
913Bahasa Arab
920Literature in English
922Kesusasteraan Melayu Komunikatif
930Syariah
931Usuluddin
940Sejarah
942Geografi
944Ekonomi
946Pengajian Perniagaan
948Perakaunan
950Mathematics (M)
954Mathematics (T)
958Information and Communications Technology (ICT) 
960Physics
962Chemistry
964Biology
966Sains Sukan
970Seni Visual
932Tahfiz Al-Quran

Cara Mendaftar

Untuk permohonan peperiksaan bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://daftarstpm.mpm.edu.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Pendaftaran SPM.’
  3. Pilih jenis pengenalan diri dan masukkan no kad pengenalan.
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  5. Muat naik maklumat peperiksaan.
  6. Klik butang ‘Hantar Pendaftaran.’

Info Lanjut

Info lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan STPM 2023, sila layari laman web MPM iaitu https://www.mpm.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: