Selain daripada membuat pendafataran Tahun 1 terus ke sekolah, para ibu bapa juga boleh mendaftar anak-anak mereka bagi Tahun 1 secara atas talian menerusi Sistem Modul Pengurusan Murid mulai 1 Mei 2023.
Untuk makluman, sistem Modul Pengurusan Murid merupakan sistem yang wujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan permohonan ke Tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.
Oleh itu, bagi ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran secara atas talian, mereka boleh berbuat demikian mulai 1 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023.
Kelayakan Murid Tahun 1
Murid Tahun 1 yang berikut layak untuk mendaftar bagi sesi persekolahan bagi tahun 2024/2025:
- Kemasukan Tahun 2024: Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2017 hingga 01.01.2018
Cara Mendaftar
Untuk mendaftar anak-anak bagi Tahun 1, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://public.moe.gov.my/.
- Klik pada butang ‘Pengguna Baru’ di bahagian ‘Daftar Masuk.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Kemudian, pergi ke halaman utama, masukkan Id Pengguna (No. Mykad) dan Katalaluan seterusnya klik pada butang ‘Daftar Masuk.’
- Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1 (Pendaftaran/Penyemakan).
- Klik bahagian ‘Permohonan Baharu.’
- Masukkan no. Mykid sebagai id pengenalan murid untuk pengesahan.
- Kemudian, masukkan maklumat-maklumat murid merangkumi:
– Maklumat peribadi murid
– Maklumat kesihatan
– Maklumat penjaga
– Maklumat permohonan - Setelah maklumat diisi dengan lengkap dan klik butang ‘Simpan dan Seterusnya’.
Soalan Lazim
Pengguna perlu berdaftar di portal public.moe.gov.my sebagai pengguna baharu jika masih belum berdaftar. Jika pengguna tersebut telah berdaftar, terus masukkan ID (nombor kad pengenalan penjaga) dan kata laluan yang telah ada dalam simpanan).
Pengguna boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan menerusi e-mel yang tuan/puan telah daftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan.
Apabila nama anak pengguna tiada dalam senarai, ia berpunca daripada masalah data peribadi tuan/puan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) tidak tepat ataupun terdapat kesalahan. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menghubungi guru kelas bagi menyemak dan melakukan pembetulan jika terdapat kesalahan atau kesilapan.
Pengguna boleh menjadi penjaga utama dan mengemaskini data dengan syarat pengguna tersebut telah memaklumkan maklumat tersebut bagi guru kelas memasukkan maklumat ke dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di tab maklumat penjaga.
Pengguna boleh melakukannya dengan syarat tuan/puan memaklumkan perkara ini kepada guru kelas anak jagaan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran Tahun 1, sila layari laman web https://public.moe.gov.my/.