Pendaftaran Ulangan Semester 2 STPM 2023
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah membuka pelajar yang ingin menduduki semula peperiksaan ulangan semester 2 STPM 2023.
STPM ialah peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia bagi Tingkatan 6 yang dijalankan oleh MPM.
Peperiksaan ini merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
Peperiksaan ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga negara lain seperti Amerika Syarikat, Ireland dan Australia.
Tarikh Pendaftaran Ulangan Semester 2 STPM 2023
Untuk peperiksaan ulangan semester 2 STPM 2023, permohona boleh dibuat mulai 2 November 2023 (Khamis) jam 10.00 pagi sehingga 9 November 2023 (Khamis) jam 12.00 tengah malam.
Kurikulum Peperiksaan STPM
Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah bermula pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.
Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM tersebut.
Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.
Bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.
23 mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:
Kod | Mata Pelajaran |
900 | Pengajian Am |
910 | Bahasa Melayu |
911 | Bahasa Cina |
912 | Bahasa Tamil |
913 | Bahasa Arab |
920 | Literature in English |
922 | Kesusasteraan Melayu Komunikatif |
930 | Syariah |
931 | Usuluddin |
940 | Sejarah |
942 | Geografi |
944 | Ekonomi |
946 | Pengajian Perniagaan |
948 | Perakaunan |
950 | Mathematics (M) |
954 | Mathematics (T) |
958 | Information and Communications Technology (ICT) |
960 | Physics |
962 | Chemistry |
964 | Biology |
966 | Sains Sukan |
970 | Seni Visual |
932 | Tahfiz Al-Quran |
Cara Mendaftar Ulangan Semester 2 STPM 2023
Untuk membuat pendaftaran bagi peperiksaan, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web http://online.mpm.edu.my/.
Pembelian pin MEC adalah hanya di Bank Simpanan Nasional (BSN) (Kaunter, ATM, dan Perbankan Internet)
Info Lanjut
Info lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan ini, sila layari laman web MPM iaitu https://www.mpm.edu.my/.