Permohonan Pengambilan Pensyarah & Kakitangan IPG 2022
Individu yang berminat untuk menjadi pensyarah, jurulatih kokurikulum, dan pegawai pengurusan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) 2022, permohonan pengambilan akan dibuka mulai 8 Februari 2022.
IPG merupakan institut perguruan yang dinaik taraf daripada maktab perguruan hasil daripada kelulusan Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005.
Implikasi daripada naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Individu yang berminat boleh membuat permohonan mulai 8 Februari sehingga 25 Februari 2022.
Bidang Pengkhususan
Bidang pengkhususan yang ditawarkan kepada individu yang ingin memohon jawatan pensyarah adalah seperti berikut:
- Bahasa Melayu (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
- Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
- Bahasa Perancis
- Bahasa Jepun
- Bahasa Korea
- Bahasa Arab
- Bahasa Tamil
- Bahasa Cina (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
- Sains (Fizik)
- Sains (Kimia)
- Sains (Biologi)
- Pendidikan Islam dan Al-Quran bidang Taranum (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
- Pendidikan Awal kanak-kanak (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
- Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
- Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)
- Matematik
- Kokurikulum
- Sejarah
- Pendidikan Moral
- Reka bentuk Teknologi (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
– Ekonomi rumah tangga, (Jahitan, Masakan)
– Kejuruteraan Elektrikal
– Kejuruteraan Awam
– Pertanian
– Teknologi Pemesinan
– Teknologi Kimpalan
– Hospitaliti
– Kejuruteraan Elektronik - Bahasa Kadazan Dusun (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
- Pendidikan Muzik- boleh bermain alat-alat muzik moden dan klasik (Terutama gitar)
- Pendidikan Seni Visual
- Bimbingan dan kaunseling
- Pegawai Pengurusan
- Ilmu Pendididikan
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi individu yang ingin memohon adalah seperti berikut:
i) Penysarah
- Warganegara Malaysia.
- Telah Disahkan dalam perkhidmatan.
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
- Mempunyai bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh 3 tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021).
- Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib/surcaj.
- Pemohon Telah melaksanakan perisytiharan harta.
- Pemohon bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius.
- Pemohon berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki/KUP.
- Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
– Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
– Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
– Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
– Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. - Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah dan Pengetua/Guru Besar).
ii) Jurulatih Kokurikulum
- Mempunyai kelayakan seperti syarat kelayakan pensyarah dari 1 sehingga 10.
- Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang
Kokurikulum. - Mempunyai sekurang-kurangnya 1 Sijil Kejurulatihan dan 2 Sijil Kepegawaian dalam bidang Kokurikulum daripada Jabatan/Agensi Sukan yang diperaku,
- Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Kokurikulum.
iii) Pegawai Pengurusan
- Warganegara Malaysia.
- Telah disahkan dalam perkhidmatan.
- Mmepunyai tahap kesihatan yang baik.
- Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh 3 tahun berturtu-turut (2019, 2020 dan 2021).
- Pemohon tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib/surcaj.
- Telah melaksanakan perisytiharan harta.
- Mempunyai perakuan daripada Ketua Jabatan dan pemohon bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius.
- Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG41 Hakiki /42/44 KUP.
- Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
– Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
– Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Buat permohonan secara dalam talian (online) melalui pautan https://sgmy.moe.gov.my/myMohon mulai 8 Februari 2022.
- Cetak borang permohonan setelah siap dilengkapkan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Unit Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Pendaftar,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar beserta borang permohonan adalah seperti berikut:
- Resume terkini.
- Kad pengenalan.
- Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini.
- Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/PhD).
- Sijil-sijil Kokurikulum/penglibatan NGO.
- Sijil kelayakan profesional (sekiranya ada).
- Testimonial/pengesahan kerja daripada majikan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai pengambilan jawatan ini, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia IPG di talian 03-8312 6666.