Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2025

Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuka permohonan kepada mana-mana individu yang berminat boleh memohon sebagai pengawas peperiksaan SPM 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan pengawas peperiksaan ini.

Mengenai Pengawas Peperiksaan

Bagi mengurangkan beban tugas guru, YB Menteri Pendidikan melalui Kenyataan Media bertarikh 17 Februari 2023 telah memutuskan bahawa pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh LP akan dibuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat.

Pelantikan sukarelaan pengawas peperiksaan ini termasuklah pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan.

Sukarelawan yang dilantik adalah layak dibayar bayaran ikhtisas dan tuntutan perjalanan berdasarkan garis panduan yang sedia ada.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka pada 15 September 2025 hingga 16 Oktober 2025.

Katerori Permohonan

Kategori permohonan dibuka kepada:

  • Kategori 1: Pesara Kerajaan (skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
  • Kategori 2: Pelajar lnstitut Pengajian Tinggi Awam, lnstitut Pengajian Tinggi Swasta, lnstitut Pendidikan Guru, Lepasan Asasi/ Matrikulasi
  • Kategori 3: Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri/ Sekolah Swasta/ Maktab Rendah Sains Mara
  • Kategori 4: Anggota Kumpulan Pelaksana/ Pekerja Kontrak Kerajaan
  • Kategori 5: Kakitangan Bukan Kerajaan/ Pesara Kerajaan/ Pesara Swasta

Elaun Pengawas Peperiksaan

Secara umumnya, elau dibayar berdasarkan kepada jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam.

Tugas Pengawas Peperiksaan

Tugas pengawas peperiksaan ini antaranya adalah untuk:

  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawal selia perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan.
  • Mengawasi calon peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung.
  • Mengedar kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan lain mengikut keperluan.
  • Mengiring calon peperiksaan ke tandas dan memastikan mereka kembali ke dewan atau bilik peperiksaan.
  • Mengumpulkan kertas peperiksaan, skrip jawapan, kertas jawapan objektif dan bahan peperiksaan lain.
  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
  2. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik.
  3. Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah.
  4. Dalam daerah yang sama (tidak lebih 25km sehala).
  5. Mempunyai pengangkutan sendiri.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan https://elp.moe.gov.my/auth/login.
  2. Daftar sebagai pengguna.
  3. Pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama
  4. Isi Maklumat Diri.
  5. Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek dan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web LP iaitu http://lp.moe.gov.my.

Baca juga: RKPYS: Permohonan Tingkatan 1 2026

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: