Pengawas Peperiksaan SPM 2024: Syarat & Cara Memohon

Permohonan bagi pengawas peperiksaan SPM telah dibuka dan individu yang berminat adalah digalakkan untuk memohon.

Namun, individu tersebut perlulah memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan sebelum layak untuk menjadi pengawas peperiksaan ini.

Berikut merupakan info dan maklumat mengenai pengawas peperiksaan ini.

Pengenalan Mengenai Pengawas Peperiksaan SPM

Tawaran ini dibuat untuk pengawas peperiksaan menjalan tugas ketika SPM bertulis mulai Disember 2024 hingga Februari 2025.

Tawaran ini dibuka hanya kepada:

  • Kategori 1: Pesara Kerajaan (skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
  • Kategori 2: Pelajar lnstitut Pengajian Tinggi Awam, lnstitut Pengajian Tinggi Swasta, lnstitut Pendidikan Guru, Lepasan Asasi/ Matrikulasi
  • Kategori 3: Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri/ Sekolah Swasta/ Maktab Rendah Sains Mara
  • Kategori 4: Anggota Kumpulan Pelaksana/ Pekerja Kontrak Kerajaan
  • Kategori 5: Kakitangan Bukan Kerajaan/ Pesara Kerajaan/ Pesara Swasta

Secara prinsipnya tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan dan elaun akan dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam.

Tugas Pengawas Peperiksaan SPM

Tugas pengawas peperiksaan ini antaranya adalah untuk:

  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawal selia perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan.
  • Mengawasi calon peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung.
  • Mengedar kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan lain mengikut keperluan.
  • Mengiring calon peperiksaan ke tandas dan memastikan mereka kembali ke dewan atau bilik peperiksaan.
  • Mengumpulkan kertas peperiksaan, skrip jawapan, kertas jawapan objektif dan bahan peperiksaan lain.
  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan seperti yang ditetapkan oleh LP adalah seperti berikut:

  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
  2. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik.
  3. Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah.
  4. Dalam daerah yang sama (tidak lebih 25km sehala).
  5. Mempunyai pengangkutan sendiri.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan https://elp.moe.gov.my/auth/login.
  2. Daftar sebagai pengguna.
  3. Pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama
  4. Isi Maklumat Diri.
  5. Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek dan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.

Jadual Peperiksaan SPM 2024

Jadual peperiksaan SPM 2024 boleh dirujuk menerusi pautan di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web LP iaitu http://lp.moe.gov.my.

Baca juga: Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: