SARA: Cara Semakan Kelayakan Penghargaan SARA RM100

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad apabila anda kini boleh membeli barangan sebanyak RM100 one-off menerusi Penghargaan SARA.

Berikut adalah maklumat mengenai bantuan ini.

Mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, SARA hanya diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

Namun, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, semasa Ucapan Penghargaan Kepada Rakyat bulan lalu mengumumkan Bantuan Penghargaan SARA sebanyak RM100 ini akan disalurkan ke dalam MyKad penerima mulai 31 Ogos 2025 sempena Hari Kebangsaan, dan ia boleh dimanfaatkan sehingga 31 Disember 2025.

Namun, mereka yang tidak membelanjakannya sehingga hujung tahun akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program Kerajaan MADANI yang akan diputuskan kelak.

Penerima juga boleh memilih untuk menggunakan bantuan ini dengan membeli barangan keperluan asas dan menyumbang semula kepada mereka yang memerlukan — sebagai contoh, pembelian barangan asas sebagai derma kepada NGO, tempat ibadat dan sebagainya.

Syarat Kelayakan Penghargaan SARA

Syarat kelayakan untuk penerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pemegang MyKad Warganegara Malaysia; dan
  • Individu berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun 2025

Jumlah Penghargaan SARA

Bagi mereka yang mempunyai MyKad, bantuan RM100 one-off akan dikreditkan kepada MyKad mereka dan mereka boleh membelanjakannya sehingga 31 Disember 2025.

Pendaftaran Penghargaan SARA

Tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat memandangkan kelayakan untuk Penghargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data pemegang MyKad Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang tipu helah atau scammer, memandangkan bantuan ini akan disalurkan secara langsung kepada MyKad penerima.

Kategori Barangan

Terdapat 14 kategori barangan yang layak untuk dibeli menerusi bantuan ini iaitu:

  1. Beras
  2. Telur
  3. Roti
  4. Minyak Masak
  5. Biskut
  6. Mi Segera
  7. Tepung
  8. Minuman (Contoh: Susu, Teh, Kopi)
  9. Bahan Perasa (Contoh: Sos, Kicap, Gula, Garam)
  10. Makanan dalam Tin (Contoh: Sardin, Tuna)
  11. Produk Penjagaan Diri (Contoh: Ubat gigi, Tuala wanita, Sabun)
  12. Ubat-Ubatan yang diluluskan oleh KKM
  13. Keperluan Sekolah (Contoh: pakaian seragam, kasut, beg sekolah, alat tulis)
  14. Barangan Kebersihan Rumah (Contoh: Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk dan lantai)

Langkah-Langkah Pembelian Barangan

Langkah-langkah pembelian barangan adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan membuat bayaran menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Cara Semak Kelayakan

Semakan kelayakan boleh dibuat seperti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://sara.gov.my.
  2. Klik butang ‘Semak Kelayakan.’
  3. Masukkan no mykad dan klik butang ‘Semakan Status.’
  4. Status kelayakan dipaparkan.

Info Lanjut

Inf lanjut mengenai bantuan Penghargaan SARA, sila layari laman web https://sara.gov.my.

Baca juga: TVET Tahfiz MARA: Ambilan September 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: