5 Insentif Penghargaan Khas Perdana Menteri Untuk Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai mengumumkan 5 insentif penghargaan khas Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai pengumuman khas ini.

Mengenai Pengumuman Penghargaan Khas Perdana Menteri

Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan bahawa beliau akan membuat satu pengumuman penghargaan khas kepada rakyat pada hari Rabu, 23 Julai 2025 jam 10.30 pagi.

Pengumumuman ini dibuat sebagai respons beliau kepada keresahan rakyat yang memerlukan pertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan mereka.

Oleh kerana itu, pengumuman penghargaan khas ini penting bagi menghargai pengorbanan rakyat Malaysia menuju sambutan Hari Kebangsaan ke-68 tidak lama lagi.

Senarai 5 Penghargaan Khas Perdana Menteri

5 pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri adalah:

  1. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos, buat pertama kalinya dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa.
  2. Hari kelepasan am tambahan pada Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa.
  3. Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta, diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga.
  4. Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya, kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan tanpa beban tambahan.
  5. Harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia.

1- SARA Untuk Semua

Sempena Hari Kebangsaan, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 (one-off).

Pemberian ini menerusi MyKad mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025 untuk pembelian barangan asas di 4,100 kedai.

2- Penghargaan Sempena Hari Malaysia

15 September 2025, Isnin diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan sempena sambutan Hari Malaysia sebagai penghargaan kepada semangat perpaduan.

3- Memperbanyak Jualan Rahmah MADANI

Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta merangkumi pelbagai jenis barangan keperluan harian, meningkatkan kekerapan jualan, dan memperluas lokasi meliputi semua 600 DUN.

4- Kadar Tol Kekal

Kerajaan menanggung kos lebih RM500 juta untuk memastikan tiada kenaikan kadar tol di 10 lebih raya yang dijadualkan meningkat mengikut perjanjian.

5- Penyasaran Subsidi Petrol RON95

Harga petrol RON95 untuk rakyat turun ke RM1.99 seliter.

Penurunan ini hasil daripada penyasaran subsidi yang memanfaatkan lebih 18 juta rakyat Malaysia termasuk penunggang motosikal, pemandu kereta, dan pekerja gig.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai perkara-perkara berkaitan penghargaan khas Perdana Menteri ini, sila layari laman web https://www.malaysiamadani.gov.my.

Baca juga: Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan SPM 25/26

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: