Cara Memohon Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA
Bagi peminjam pelajaran MARA, tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh memohon pengurangan pinjaman pelajaran tersebut?
Berikut diterangkan cara untuk memohon pengurangan pinjaman pelajaran yang boleh dilakukan dengan mudah sahaja.
Kelayakan Pemohon
Kelayakan pemohon untuk memohon pengurangan pinjaman pelajaran ini adalah kepada pelajar tamat/lulus pengajian dibawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran Memohon Pinjoman Pelajaran.
Kursus Pengajian
Kursus pengajian yang layak memohon pengurangan meliputi:
- Tidak bertukar kursus/program atau tempat pengajian kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
- Tiada tunggakan bayaran Pinjaman MARA
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah salinan sijil/Diploma/ljazah Pertama/ljazah Sarjana/Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu/Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan Kehakiman seperit Majistret/Peguam.
Setiap pengesahan hendakloh dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
Pembayaran Sebelum Pengurangan
Sebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum Pengurangan Pinjaman Pembayaran diluluskan, tidak akan dikembalikan.
Pembayaran tersebut akan ditolak dari jumlah pinjaman keseluruhan.
Permohonan Tidak Lengkap
Permohonan yang tidak lengkap dan mempunyai akaun yang bertunggakan tidak akan diproses.
Bayaran Balik Keseluruhan
Peminjam dikehendaki membayar balik keseluruhan Pinjaman Pelajaran yang telah dikeluarkan oleh pihak MARA sekiranya gagal membuat permohonan pengurangan seperti ditetapkan di dalam tempoh masa gagal dalam pengajian dalam Surat Tawaran/Perjanjian.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat melalui Sistem e-Baki iaitu https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
Kelulusan rasmi permohonon juga boleh disemak melalui sistem tersebut.
Proses Kelulusan
Proses kelulusan pengurangan pinjaman ini mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan dari termpoh permohonan diterima/didaftarkan termasuk pelarasan oleh Bahagian Kewangan MARA.
Soalan Lazim
Disebabkan bilangan permohonan yang banyak, proses kelulusan pengurangan bayaran balik pinjaman mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan dari tempoh permohonan diterima/didaftarkan termasuk pelarasan oleh Bahagian Kewangan MARA. Untuk keterangan lanjut peminjam boleh menghubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA seperti berikut.
Bermula tahun 2015, MARA tidak lagi mengedarkan Penyata Tahunan secara pos. Penyata Tahunan boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.
Baki dan penyata kewangan disemak secara online melalui sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA ataupun dengan menghubungI pegawai di Bahagian Kawalan Kredit MARA selepas tiga (3) hari (hari bekerja) bayaran dilakukan.
Pengemaskinian di e-Baki adalah dalam tempoh 3 hari (hari bekerja) daripada tarikh pembayaran.
Surat penyelesaian pinjaman boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai pengurangan pinjaman pelajaran ini boleh dirujuk melalui pautan https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.
Baca juga: TESP 2024: Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA