Cara Mohon Penstrukturan Semula PTPTN RM300
Bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anda boleh membuat penstrukturan semula PTPTN serendah RM300 sahaja.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai penstrukturan semula ini.
Mengenai Penstrukturan Semula PTPTN RM300
PTPTN telah memperkenalkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 yang merupakan sebuah inisiatif khas bagi menggalakkan peminjam yang mempunyai tunggakanuntuk mula membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.
Kempen ini dilaksanakan untuk membantu peminjam dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik dan memastikan kelancaran bayaran balik pinjaman.
Selain itu, kempen ini juga dapat membantu mengurangkan dan mencapai tunggakan sifar sekali gus memperbaiki rekod kredit peminjam.
Tempoh Penstrukturan
Tempoh penstrukturan ini berlangsung dari 1 Jun 2024 sehingga 31 Julai 2024 dan terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh tersebut, tidak kira sama ada pinjaman konvensional atau Ujrah.
Syarat Untuk Penstrukturan
Peminjam layak membuat penstrukturan perlu mematuhi syarat-syarat untuk melaksanakan penstrukturan ini iaitu:
i) Bayaran Tunggakan
Peminjam dikehendaki membuat bayaran tunggakan sekurang-kurangnya sebanyak RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman.
Melalui kaedah ini, peminjam boleh mengubah/menyusun semula ansuran bulanan pada Jadual Bayaran Balik (JBB) mengikut kemampuan masing-masing.
Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5% – 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN.
Bayaran boleh dibuat melalui semua saluran bayaran balik dalam tempoh kempen.
ii) Potongan Gaji atau Debit Terus
Semasa proses rundingan, peminjam diwajibkan untuk membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik.
Ini bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.
Cara Membuat Penstrukturan
Penstrukturan semula boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Semak penyata pinjaman melalui myPTPTN iaitu https://myptptn.ptptn.gov.my.
- Mohon rundingan bayaran balik untuk penstrukturan semula pinjaman PTPTN melalui aplikasi web myPTPTN.
- Bayar tunggakan serendah RM300 dalam tempoh kempen.
- Lakukan bayaran balik secara konsisten melalui kaedah potongan gaji atau debit terus.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
- Careline PTPTN: 03-2193 3000
- Sembang langsung di portal PTPTN: https://www.ptptn.gov.my.
- Platform e-Aduan PTPTN: https://eaduan.ptptn.gov.my/
- Eksekutif Jualan PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn atau menerusi saluran media sosial rasmi PTPTN.
Baca juga: