Tawaran Pensyarah Tasmi’ Jemputan Darul Quran 2022

Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berminat untuk menjadi Pensyarah Tasmi’ Jemputan di institusi pengajian tersebut.

Untuk makluman, Darul Quran JAKIM merupakan institusi pengajian Al-Quran di Malaysia di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada tahun 1966.

Pada awal penubuhannnya, pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Pada tahun 1997, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran dan ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 1 November 1998.

Permohonan tawaran jawatan ini dibuka sehinga 31 Oktober 2022.

Tempoh Perkhidmatan & Waktu Bekerja

Tempoh perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak melebihi satu semester (16 minggu pengajian), namun jika terdapat keperluan perkhidmatan akan dilanjutkan lagi perkhidmatan bagi semester berikutnya.

Waktu bekerja adalah pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

Deskripsi Tugas

Deskripsi tuga bagi lantikan pensyarah ini adalah seperti berikut:

  • Memastikan setiap pelajar mengikuti kelas tasmi’ bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi pada setiap hari pengajian.
  • Melaksanakan talaqqi, tasmi’ serta mentahqiq hafazan al-Quran bagi setiap pelajar kelas masing-masing (Isnin hingga Khamis) dan program i’adah pada setiap hari Jumaat.
  • Merekod kehadiran pelajar dan menyediakan laporan tasmi’ pelajar dalam buku rekod hafazan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Memiliki kelulusan akademik dari Universiti Awam/IPTS, dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia seperti berikut:
    – Ijazah dalam bidang Tahfiz Al-Quran; atau
    – Ijazah dalam bidang Pengajian Islam serta Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran.
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

Tatacara Permohonan

Pemohon yang ingin memohon perlu mengemukakan surat permohonan perjawatan dan resume yang ditujukan kepada emel [email protected] atau ke alamat:

Pengarah,
Darul Quran JAKIM,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p.: Ketua Jabatan Pengajian Tahfiz)

Info Lanjut

Info lanjut mengenai tawaran Pensyarah Tasmi’ Jemputan ini, sila layari laman web https://www.darulquran.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: