Permohonan Pensyarah Tasmi’ Sambilan Program Huffaz UNITEN

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) membuka permohonan bagi individu yang berminat untuk memohon sebagai Pensyarah Tasmi’ Sambilan bagi Program Program Huffaz Professional UNITEN di universiti tersebut.

Program Program Huffaz Professional UNITEN merupakan program yang menawarkan persijilan dan Diploma kepada para Huffaz yang berminat untuk menghafaz al-Quran atau telah menghafaz al-Quran ketika sekolah menengah dan ingin terus mengekalkan hafazan di peringkat IPT.

Individu yang berminat untuk menjadi pensyarah tasmi’ ini boleh membuat permohonan sebelum 7 September 2023.

Mengenai Program Huffaz Professional UNITEN

Program Program Huffaz Professional UNITEN menawarkan 2 peringkat pengajian iaitu:

  • Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN
  • Diploma Pengurusan Korporat dengan Tahfiz

i) Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN

Pensijilan Tahfiz AI-Quran JAKIM-UNITEN adalah program yang dijalankan oleh UNITEN dengan kerjasama DaruI Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

la merupakan program Tahfiz peringkat pengajian tinggi Malaysia dan telah berjaya melahirkan ramai Huffaz Profesional cemerlang di dalam dan luar negara.

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah:

  • Kejuruteraan
  • Asas Sains Komputer
  • Asas Teknologi Maklumat
  • Asas Ekonomi dan Pengurusan
  • Diploma Kejuruteraan
  • Diploma Sains Komputer
  • Perakaunan
  • Asas Pentadbiran Perniagaan
  • Diploma Perakaunan

ii) Diploma Pengurusan Korporat dengan Tahfiz

Diploma Pengurusan Korporat dengan Tahfiz ditawarkan kepada pelajar dengan pengajian selama 7 semeseter.

Syarat Permohonan Pensyarah Tasmi’ Sambilan

Syarat permohonan untuk memohon pensyarah tasmi’ sambilan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Kepujian Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Mempunyai kelulusan (Sijil/Diplomailjazah) Tahfiz Al-Quran dan ljazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK 3.00 ke atas (calon berkelulusan universiti luar negara perlu mengemukakan surat pengesahan pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia).
  4. Keutamaan diberikan kepada calon lepasan Darul Quran JAKIM.
  5. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeu2pChN5IasyMdNIHUZyGv5X2H6Wh4mIIk52bfY0S2HIP_Fg/viewform.
  2. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  3. Muat naik resume pemohon.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai permohonan Pensyarah Tasmi’ Sambilan bagi Program Program Huffaz Professional UNITEN, sila hantar email ke alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: