Pendaftaran Peperiksaan MUET Sesi 1 2024

Calon yang berhasrat untuk mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1 2024, pendaftaran MUET akan dibuka kepada umum mulai 17 Januari 2024.

Berikut merupakan maklumat mengenai MUET dan cara untuk membuat pendaftaran.

Mengenai MUET

MUET merupakan peperiksaan yang dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan mulai tahun 1999.

Calon yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan dengan baik akan melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Peperiksaan ini akan diambil oleh calon yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan Tingkatan 6 bagi membolehkan mereka menyambung pengajian bagi program ijazah pertama di IPT.

Tarikh Pendaftaran MUET Sesi 1 2024

Bagi mereka yang ingin mendaftar peperiksaan ini, tarikh pendaftaran dibuka adalah pada 17 Januari 2024 sehingga 8 Februari 2024.

Tarikh Ujian

Tarikh ujian seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Ujian Bertulis: 27 April 2024
  • Ujian Lisan: 29, 30 April dan 6, 7, 8, 9 Mei 2024.

Komponen Peperiksaan MUET

Komponen peperiksaan MUET mengandungi 4 kertas peperiksaan iaitu:

Kod KertasNama Kertas
800/1Listening 
800/2Speaking 
800/3Reading
800/4Writing

Perlu diingatkan, pelajar yang mengambil peperiksaan ini perlu memastikan mereka menduduki keempat-empat kertas tersebut bagi membolehkan sijil peperiksaan mereka dikeluarkan.

Band Pemarkahan Peperiksaan MUET

Pemarkahan peperiksaan ini ditentukan mengikut band yang diperoleh calon seperti berikut:

Jumlah MarkahBand
331 – 3605+
294 – 3305.0
258 –2934.5
211 –2574.0
164 – 2103.5
123 – 1633.0
82 – 1222.5
36 – 812.0
1 – 351.0

Yuran Pendaftaran

Yuran pendaftaran bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia: RM100
  • Bukan Warganegara: RM350

Cara Mendaftar

Pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web pendaftran MUET iaitu https://muet.mpm.edu.my/registration
  2. Pilih negeri dan pusat peperiksaan MUET yang diingini.
  3. Masukkan maklumat diri yang diperlukan.
  4. Buat pembayaran melalui FPX atau Kad Kredit.
  5. Slip pendaftaran peperiksaan akan diberikan selepas pembayaran dilakukan.

Calon sekolah atau institusi pula perlu mendaftar melalui sekolah/institusi masing-masing.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai peperiksaan MUET sesi 1 2024, sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia iaitu https://muet.mpm.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: