Pendaftaran Peperiksaan MUET Sesi 3 2023
Calon yang berhasrat untuk mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 3 2023, pendaftaran MUET akan dibuka kepada umum mulai 7 Disember 2022
MUET merupakan peperiksaan yang dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan mulai tahun 1999.
Calon yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan dengan baik akan melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Peperiksaan ini akan diambil oleh calon yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan Tingkatan 6 bagi membolehkan mereka menyambung pengajian bagi program ijazah pertama di IPT.
Oleh itu, calon yang ingin mendaftar peperiksaan ini boleh berbuat demikian mulai 12 Julai 2023 sehingga 23 Ogos 2023 bagi calon sekolah/institusi manakala 2 Ogos 2023 sehingga 23 Ogos 2023.
Komponen Peperiksaan MUET
Komponen peperiksaan MUET mengandungi 4 kertas peperiksaan iaitu:
Kod Kertas | Nama Kertas |
800/1 | Listening |
800/2 | Speaking |
800/3 | Reading |
800/4 | Writing |
Perlu diingatkan, pelajar yang mengambil peperiksaan ini perlu memastikan mereka menduduki keempat-empat kertas tersebut bagi membolehkan sijil peperiksaan mereka dikeluarkan.
Band Pemarkahan Peperiksaan MUET
Pemarkahan peperiksaan ini ditentukan mengikut band yang diperoleh calon seperti berikut:
Jumlah Markah | Band |
331 – 360 | 5+ |
294 – 330 | 5.0 |
258 –293 | 4.5 |
211 –257 | 4.0 |
164 – 210 | 3.5 |
123 – 163 | 3.0 |
82 – 122 | 2.5 |
36 – 81 | 2.0 |
1 – 35 | 1.0 |
Yuran Pendaftaran
Yuran pendaftaran bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia: RM100
- Bukan Warganegara: RM350
Cara Mendaftar
Pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web pendaftran MUET iaitu https://muet.mpm.edu.my/registration
- Pilih negeri dan pusat peperiksaan MUET yang diingini.
- Masukkan maklumat diri yang diperlukan.
- Buat pembayaran melalui FPX atau Kad Kredit.
- Slip pendaftaran peperiksaan akan diberikan selepas pembayaran dilakukan.
Calon sekolah atau institusi pula perlu mendaftar melalui sekolah/institusi masing-masing.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai peperiksaan MUET sesi 3 2023, sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia iaitu https://muet.mpm.edu.my/.