Pelajar yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama diwajibkan untuk mengambil Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).
Untuk makluman, MUET ialah peperiksaan yang diperkenalkan pada tahun 1999 bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Peperiksaan ini dilaksanakan 3 kali setahun dan dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MEM) yang merupakan badan yang bertanggungjawab mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu di dalam negara.
Lazimnya, peperiksaan ini akan diambil oleh pelajar yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan Tingkatan 6 sebelum mereka menyambung pengajian bagi program ijazah pertama di IPT yang dipohon.
Tarikh Pelaksanaan
Mulai 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan:
- Mac
- Julai
- November
Syarat Kelayakan
Tiada sebarang syarat yang dikenakan oleh MEM untuk individu yang ingin menduduki peperiksaan ini.
Kadar Bayaran
Mulai tahun 2012, kadar bayaran yuran MUET yang akan dikenakan adalah sebanyak RM100.00.
Komponen Peperiksaan
Calon yang mengambil peperiksaan MUET perlu menjalani 4 komponen peperiksaan iaitu:
Kod Kertas | Nama Kertas | Tempoh Peperiksaan |
800/1 | Listening | 50 minit |
800/2 | Speaking | 30 minit |
800/3 | Reading | 75 minit |
800/4 | Writing | 75 minit |
Adalah diingatkan pelajar pelu mengambil keempat-empat kertas terbabit dan sijil peperiksaan tidak akan dikeluarkan sekiranya calon gagal mengambil keempat-empat kertas tersebut.
Pemarkahan Peperiksaan
Jumlah markah keseluruhan bagi peperiksaan MUET ialah 360 markah dengan kriteria pemarkahan peperiksaan bagi setiap kertas adalah seperti berikut:
Nama Kertas | Markah Maksimum |
Listening | 90 markah |
Speaking | 90 markah |
Reading | 90 markah |
Writing | 90 markah |
Keputusan peperiksaan keseluruhan akan dikategorikan mengikut Band yang ditetapkan iaitu:
Jumlah Markah | Band |
331 – 360 | 5+ |
294 – 330 | 5.0 |
258 –293 | 4.5 |
211 –257 | 4.0 |
164 – 210 | 3.5 |
123 – 163 | 3.0 |
82 – 122 | 2.5 |
36 – 81 | 2.0 |
1 – 35 | 1.0 |
Contoh Peperiksaan
Video di bawah merupakan contoh peperiksaan bagi kertas 800/2 Speaking dijalankan:
Cara Mendaftar
Untuk mendaftar peperiksaan MUET bagi calon persendirian, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web pendaftran MUET iaitu https://muet.mpm.edu.my/registration
- Pilih negeri dan pusat peperiksaan MUET yang diingini.
- Isi maklumat diri yang diperlukan.
- Buat pembayaran melalui FPX atau Kad Kredit.
- Slip pendaftaran peperiksaan akan diberikan selepas pembayaran dilakukan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai peperiksaan MUET, sila layari laman web https://muet.mpm.edu.my/home