Permohonan Perajurit Muda TLDM Siri 228 2024
Individu yang berminat untuk menyertai Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 2024 boleh membuat permohonan secara online.
Berikut adalah maklumat mengenai pengambilan ini dan cara memohon.
Mengenai TLDM
TLDM merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara.
Cabang angkatan tentera ini ditubuhkan bermula dengan pembentukan Tentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat – Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British Negeri-Negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura.
Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, angkatan ini dinamakan sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia dan kekuatannya bertambah secara beransur-ansur.
Untuk mereka yang berminat, permohonan dibuka mulai 15 Mei sehingga 15 Jun 2024.
Gaji/Elaun/Keistimewaan Perajurit TLDM
Gaji permulaan adalah seperti berikut:
- Latihan Perajurit Muda (6 Bulan): RM 1,774.00
- Diperjawatkan (kelulusan):
– SPM atau SVM: RM 1,879.00
– SPM dan SKM Tahap 2: RM 1,945.01
– SPM dan SKM Tahap 3: RM 2,011.02
– Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) RM 2,341.07
*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran insentif Khas ATM (RM200) - Kenaikan Tahunan: Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.
- Bayaran Elaun dan lnsentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan): Bayaran lnsentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Penyelam Ranjau, Bayaran lnsentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan.
- Keistimewaan: Rawatan perubatan dan pergigian, pakaian seragam, waren perjalanan tahunan, sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang, caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc).
Syarat Umum Kelayakan
Syarat umum kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:
- Lelaki dan wanita warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 3 Jun 2024.
- Lepasan SPM dan SVM – Lelaki dan Wanita.
- Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/Swasta – Lelaki.
- Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin).
- Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
Syarat Kelayakan Lepasan SPM
Syarat kelayakan akademik bagi lepasan SPM/SVM adalah seperti:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
– Bahasa Inggeris.
– Matematik.
– Sains. - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu.
Syarat Kelayakan Lepasan Diploma Kejuruteraan
Untuk lepasan Diploma Kejuruteraan, syarat kelayakan akademik adalah seperti berikut:
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah.
- Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi (pengiktirafan rasmi).
- Mempunyai diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) seperti berikut:
– Diploma in Engineering.
– Diploma in Electrical Engineering.
– Diploma in Electronics Engineering.
– Diploma in Electrical and Electronic Engineering.
– Diploma in Marine Engineering.
– Diploma in Software Engineering.
– Diploma in Microelectronic Engineering.
– Diploma in Information Engineering.
– Diploma in Telecommunication Engineering.
– Diploma in Mechanical Engineering.
– Diploma in Mechatronic Engineering.
– Diploma in Manufacturing Engineering.
– Diploma Engineering in Aircraft Maintenance.
– Advanced Diploma in Engineering.
Taraf Kesihatan
Taraf kesihatan yang melayakkan untuk memohon adalah seperti berikut:
- Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan balk tanpa sebarang slat bantuan.
- Penglihatan – Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
- Syarat minimum ukuran fizikal:
Ukuran | Lelaki | Wanita |
Tinggi (min) | 1.62 m | 1.60 m |
Berat (min) | 47.5 kg | 46.5 kg |
BMI | 18.0-25.0 | 18.0-23.0 |
Beza Ukuran Dada Pernafasan | 5 cm | 4 cm |
Proses Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan permohonan iaitu https://www.surveymonkey.com/r/7FDV93R.
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
- Hantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai pengambilan Perajurit TLDM, sila hubungi Markaz Tentera Laut di talian 019-2104163 atau email ke [email protected].
Layari laman web https://www.navy.mil.my/index.php/ms/ untuk info lanjut.