Politeknik merupakan salah satu institusi pendidikan pengajian tinggi yang berasaskan TVET yang mula ditubuhkan pada tahun 1969.
Ini dapat dilihat melalui penubuhan Politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun tersebut.
Tujuan umum penubuhan politeknik oleh kerajaan adalah bagi memenuhi keperluan pekerja separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan di dalam negara.
Kini, Politeknik Malaysia mempunyai 36 buah kampus di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai bidang.
Jenis Politeknik
Terdapat 3 jenis politeknik yang diwujudkan di seluruh Malaysia iaitu:
- Politeknik Premier
- Politeknik Konvensional
- Politeknik METrO
Di seluruh Malaysia, terdapat 3 Politeknik Premier, 28 Politeknik Konvensional, dan 5 Politeknik METrO.
Apakah perbezaan ketiga-tiga politeknik ini?
Politeknik Premier
Politeknik Premiew adalah politeknik autonomi separa yang mana syarat kemasukan pelajar setara dengan Universiti Awam (UA).
Politeknik dan bidang yang ditawarkan menerusi Politeknik Premier adalah seperti berikut:
Politeknik | Bidang |
Politeknik Ungku Omar (PUO) | -Kejuruteraan Perkapalan -Kejuruteraan Mekanikal Mechanical Engineering |
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) | -Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) |
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) | -Seni Reka Kreatif dan Reka Bentuk Industri |
Politeknik Konvensional
Politeknik Konvensional menawarkan kepelbagaian program berasaskan keperluan wilayah dan negara.
Lokasi Politeknik Konvensional adalah merentasi seluruh negara dan syarat kemasukan adalah syarat minimum sahaja.
Senarai Politeknik dan bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Politeknik | Bidang |
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) | -Teknologi Makanan |
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) | -Perancangan Bandar dan Wilayah |
Politeknik Kota Bharu (PKB) | -Ukur Bahan |
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) | -Kejuruteraan Proses |
Politeknik Port Dickson (PPD) | -Seni Bina |
Politeknik Kota Kinabalu (PKK) | -Teknologi Berasaskan Kayu |
Politeknik Seberang Perai (PSP) | -Pengurusan Logistik dan Rangkaian -Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil) |
Politeknik Melaka (PMK) | -Kejuruteraan Awam (Sistem Bangunan Perindustrian) |
Politeknik Kuala Terengganu (PKT) | -Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) |
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) | Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) |
Politeknik Merlimau Melaka (PMM) | -Hospitaliti dan Pelancongan |
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) | -Kejuruteraan Pembuatan Automotif |
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) | -Kejuruteraan Mekatronik |
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) | -Teknologi Alam Sekitar |
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) | -Seni Digital -Pengajian Video dan Filem |
Politeknik Muadzam Shah (PMS) | -Kejuruteraan Mekanikal (Automasi) |
Politeknik Mukah (PMU) | -Teknologi Maklumat (Rangkaian) |
Politeknik Balik Pulau (PBU) | Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) |
Politeknik Jeli Kelantan (PJK) | -Agroteknologi |
Politeknik Nilai Negeri Sembilan (PNS) | -Bioteknologi |
Politeknik Banting Selangor (PBS) | -Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat |
Politeknik Mersing Johor (PMJ) | -Embedded System |
Politeknik Hulu Terengganu (PHT) | -Pengurusan Pelancongan |
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) | -Akuakultur |
Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN) | -Petrokimia |
Politeknik Besut Terengganu (PBT) | -Teknologi Kreatif |
Politeknik Bagan Datuk (PBD) | -Kejuruteraan Perkapalan |
Politeknik Tawau Sabah (PTS) | -Pengurusan Pelancongan |
Politeknik METrO
Politeknik METrO menawarkan bidang perkhidmatan berasaskan persekitaran sosio ekonomi masyarakat bandar.
Program pembelajaran di Politeknik METrO adalah teradun dengan lokasinya berdekatan dengan pengangkutan awam dan pelbagai kemudahan lain.
Lokasi Politeknik METrO di seluruh negara adalah seperti berikut:
- Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
- Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
- Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
- Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS)
- Politeknik METrO Tasek Gelugor(PMTG)
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai perbezaan program Politeknik di seluruh negara, sila layari laman web https://www.mypolycc.edu.my/.