PERKASA TVET: Pembiayaan Latihan Jangka Pendek 6 Bulan

Individu yang berminat untuk menguasai menguasai kemahiran baru atau peningkatan kemahiran, mereka boleh menyertai program latihan jangka pendek selama 6 bulan menerusi Dana Skim Pembiayaan Perkasa TVET (PERKASA TVET).

PERKASA TVET adalah inisiatif yang diumumkan melalui Belanjawan 2022 khusus untuk membantu mereka yang ingin menguasai kemahiran baru atau peningkatan kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam pengeluaran pekerja berkemahiran tinggi menerusi latihan jangka pendek.

Pembiayaan ini disediakan khusus kepada lepasan sekolah/belia/pekerja yang ingin mengikuti Program Latihan Kemahiran sama ada di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), atau Diploma Latihan Kemahiran Malaysia (DLKM) di pusat-pusat latihan awam dan swasta yang berdaftar dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Pemohonan ini dibuka sehingga 30 Jun 2022 berdasarkan prinsip first come first serve atau sehingga dana ini telah digunakan sepenuhnya.

Jangka Masa Program

Program ini adalah program latihan kemahiran jangka pendek iaitu kurang daripada 6 bulan termasuk secara program penuh atau modular atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) atau bergantung kepada permintaan majikan/industri di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Penyedia Latihan Awam (PLA)/ Penyedia Latihan Swasta (PLS) digalakkan menawarkan kursus latihan secara “value added” bagi meningkatkan kebolehpekerjaan pelatih.

Pelatih diberikan penempatan pekerjaan/peningkatan kerjaya terlebih dahulu oleh majikan dan menjalani lathihan di PLA/PLS berdasarkan kepada konsep Place and Train.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi individu yang berminat mendapatkan pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Berumur 15 hingga 45 tahun pada tahun permohonan.
  • Mengikuti program latihan yang diluluskan oleh PTPK.
  • Mana-mana orang yang memerlukan pekerjaan beserta latihan melalui konsep Place and Train.
  • Tiada bantuan kewangan daripada agensi lain.

Cara Memohon

Individu yang ingin membuat permohonan perlu memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf3epmfJ0eLBbS5dYTRDuSWYSvqfxEK63e3WhmNBIGOYwJOVQ/viewform?fbzx=-7153001926214977385.
  2. Klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ dalam setiap paparan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
  5. Hantar dokumen yang diperlukan melalui email [email protected] atau secara pos ke alamat:

    Urusetia PERKASA TVET 1.0,
    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK),
    Aras 18, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra(WTCKL),
    Jalan Tun Ismail,
    59480 Kuala Lumpur.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai PERKASA TVET, sila hubungi 0132297107 (En Zamir) dan 03-40476188 (Pn Syaidatul).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: