GIATMARA: Permohonan Kemasukan Sesi Julai 2023

Individu yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke GIATMARA bagi sesi Julai 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang institusi ini serta syarat-syarat dan kelebihan menyambung pengajian di sini.

Pengenalan GIATMARA

Untuk makluman, GIAT MARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIAT MARA Sendirian Berhad.

Pentadbiran institusi ini diletakkan di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Penubuhan institusi ini juga adalah untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Sijil Yang Diperoleh GIATMARA

Sijil yang bakal diperoleh oleh pelajar adalah seperti berikut:

  • Sijil Profesional GIAT MARA
  • Sijil Kemahiran GIAT MARA
  • Sijil Profesional yang lain

Kluster Kursus GIATMARA

Kursus yang ditawarkan di dalam institusi pendidikan ini merangkumi kluster berikut:

  • Cluster Computer & Networking Technology
  • Kluster Elektrikal
  • Kluster Elektronik dan Mekatronik
  • Kluster Fabrik
  • Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kluster Hospitaliti
  • Kluster Kulinari
  • Kluster Mekanikal
  • Kluster Pembuatan
  • Kluster Pengangkutan
  • Kluster Senibina
  • Kluster Creative Media

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Bumiputera.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  4. Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
  5. Berminat dengan bidang yang dipohon.
  6. Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.

Cara Permohonan GIATMARA 2023

Untuk membuat permohonan, sila muat turun borang permohonan di pautan berikut https://giatmara.edu.my/muat-turun/.

Kemudian, hantar borang permohonan tersebut di GIAT MARA yang berhampiran.

Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui pautan berikut : http://gspel.giatmara.edu.my/utama

Sila rujuk lokasi di setiap negeri :

Maklumat Lanjut Tentang Permohonan GIATMARA 2023

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke GIAT MARA, sila layari laman web https://giatmara.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: