Permohonan Guru DG41 MRSM Secara Kontrak Pelbagai Bidang

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka pengambilan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru DG41 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) secara kontrak pelbagai bidang untuk seluruh negara.

Jawatan ini ditawarkan kepada individu yang mempunyai ciri-ciri seperti berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited.

Mereka yang berminat, permohonan secara atas talian telah dibuka dan akan ditutup pada 25 April 2022 iaitu pada hari Isnin.

Gaji Yang Ditawarkan

Gaji yang ditawarkan menerusi jawatan ini adalah seperti berikut:

  • Minimum: RM2,188.00
  • Maksimum: RM9,552.00

Bidang/Subjek Ditawarkan

Jawatan ini ditawarkan bagi bidang atau subjek seperti berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Geografi
  • Logistik
  • Matematik
  • Media
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam (Tahfiz)
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Pengajian Makanan/Bioteknologi Makanan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Prinsip Akaun/Perakaunan
  • Reka Bentuk Teknologi
  • Sains Komputer
  • Seni Persembahan
  • Seni Reka Grafik

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk individu yang ingin memohon jawatan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Sihat fizikal dan mental.
  3. Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  4. Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam 3 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau 1 mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang/subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  6. Bagi pemohon bidang/subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  7. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan/Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.
  8. Mendapatkan surat pengiktirafan Sijil/Diploma/Ijazah daripada Agensi Kelayakan
    Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
    https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
    https://www2.mqa.gov.my/mqr/
  9. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  10. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon).
  11. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain.
  12. Bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahagunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
  13. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia hendaklah berumur
    kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan sekiranya berjaya.

Tatacara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://apps.mara.gov.my/vacancy/.
  2. Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Mohon.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Adalah diingatkan, permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam 6 bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan guru DG41 MRSM secara kontrak, sila email ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *