Permohonan Guru DG9 MRSM Tetap & Kontrak

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka pengambilan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru DG9 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) secara tetap dan kontrak pelbagai bidang untuk seluruh negara.
Jawatan ini ditawarkan kepada individu yang mempunyai ciri-ciri seperti berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai perjawatan ini.
Tarikh Permohonan
Permohonan bagi jawatan ini dibuka secara atas talian telah dibuka dan akan ditutup pada 15 Ogos 2025 iaitu pada hari Jumaat.
Gaji Yang Ditawarkan
Gaji yang ditawarkan menerusi jawatan ini adalah seperti berikut:
- Minimum: RM2,250.00
- Maksimum: RM11,110.00
Bidang/Subjek Ditawarkan
Jawatan ini ditawarkan bagi bidang atau subjek seperti berikut:
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
- Biologi
- Bimbingan & Kaunseling
- Ekonomi
- Fizik
- Geografi
- Kimia
- Matematik
- Media
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Islam (Tahfiz)
- Pendidikan Jasmani & Pendidikan
- Kesihatan
- Perakaunan
- Sains Komputer
- Sejarah
- Seni Reka
- Teknologi Makanan

Syarat Lantikan
Syarat lantikan untuk individu yang ingin memohon jawatan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
– Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diktiraf ole Kerajaan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan lalah pada Gred DG9: RM2,360.00); atau
– Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian yang diktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan lalah pada Gred DG9: RM2,580.00); atau
– Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diktiraf ole Kerajaan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM2,580.00); atau
– Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM3,130.00); atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diktiraf ole Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan lalah pada Gred DG9: RM3,460.00).

Syarat Lain
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat lain iaitu:
- Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman web berikut :
– https://www2.mqa.gov.my/mgr/;atau
– https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm - Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tapa Pendidikan atau Diploma Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.
- Pemohon perlu memiliki ljazah Sarjana Muda tau Surat Senat yang bertarikh pada tau sebelum tarikh tutup permohonan.
- Pemohon yang memohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari institusi yang diktiraf ole Kerajaan. Bagi graduan yang memiliki ljazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat / Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut.
- Pemohon yang memohon bidang / subjek Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada calon yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Senarai ujian yang dijajarkan dengan CEFR adalah seperti berikut:

Tatacara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://apps.mara.gov.my/vacancy/.
- Klik butang ‘Permohonan Baru.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Mohon.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.
Adalah diingatkan, permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).
Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam 6 bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan guru DG9 MRSM secara tetap dan kontrak, sila hubungi 03-2613 2000 samb : 35011, 35016, 35015.



