SSeM: Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia 2025
Bagi mereka yang berminat untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2025, permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2024.
Berikut merupakan maklumat mengenai sekolah ini dan cara membuat permohonan.
Mengenai Sekolah Seni Malaysia
Sekolah ini ialah sekolah yang ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.
Konsep sekolah ini ditubuhkan adalah mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi pembelajaran kesenian dan juga akademik.
Bagi mereka yang berminat untuk kemasukan 2025, permohonan dibuka mulai 15 Julai sehingga 15 September 2024.
Objektif Penubuhan Sekolah Seni Malaysia
Objektif penubuhan sekolah ini adalah:
- Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
- Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
- Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
- Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
- Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.
Lokasi Sekolah
Terdapat 4 buah sekolah ini iaitu:
- SSeM Johor di Bandar Seri Alam, Masai
- SSeM Sarawak di Kuching
- SSeM Kuala Lumpur di Pudu, K.L
- SSeM Perak di Sungai Siput Utara.
Manakala, terdapat sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:
- SMK Elopura, Sandakan, Sabah
Bidang Kesenian
Bidang kesenian yang ditawarkan di sekolah ini adalah:
- Muzik
- Tari
- Teater/Seni Lakon
- Seni Visual
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
- Sihat tubuh badan.
- Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses.
Syarat Kemasukan
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kemasukan:
- Lulus Uji Bakat.
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan.
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
- Mengemukakan rekod kesihatan murid.
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan melayari portal permohonan iaitu https://essem.moe.gov.my/.
Status permohonan masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni boleh disemak pada bulan Januari/Februari 2025 (tarikh adalah tertakluk kepada perubahan).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Sekolah Seni Malaysia 2025, sila layari pautan https://essem.moe.gov.my/.
Baca juga: