SSeM: Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia 2026

Bagi mereka yang berminat untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2026, permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2025.
Berikut merupakan maklumat mengenai sekolah ini dan cara membuat permohonan.
Mengenai Sekolah Seni Malaysia
Penubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025: Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.
Ia juga ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.
Konsep sekolah ini ditubuhkan adalah mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi pembelajaran kesenian dan juga akademik.

Objektif Penubuhan Sekolah Seni Malaysia
Objektif penubuhan sekolah ini adalah:
- Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
- Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
- Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
- Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
- Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.
Tarikh Permohonan
Permohonan kemasukan bagi tahun 2026 dibuka mulai 15 Julai 2025 sehingga 15 September 2025.
Lokasi Sekolah
Terdapat 4 buah sekolah ini iaitu:
| Sekolah | Alamat |
| Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ) | Jalan Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam, 81750, Masai, Johor Darul Takzim. Tel. : 07-3870215 Faks : 07-3860215 Emel : [email protected] |
| Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS) | Lot 7794, Blok 9, Salak Land District, Jalan Sultan Tengah, 93050 Santubong, Kuching, Sarawak Tel : 082-510356 / 536185 Faks : 082-513917 Emel : [email protected] |
| Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) | Jalan Seladang Off Jalan Pasar, 55100, Kuala Lumpur, Emel : [email protected] |
| Sekolah Seni Malaysia Perak (SSemP) | Kampung Baharu, Simpang Jalong, 31100, Sg. Siput (U), Perak. Tel : 05-5951350 Faks : 05-5951351 Emel : [email protected] |
Manakala, terdapat sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:
- Program Pendidikan Seni,
SMK Elopura,
Peti Surat 1091,
90712, Sandakan,
Sabah.
Tel : 089-532036
Faks : 089-533960
Emel : [email protected]
Bidang Kesenian
Bidang kesenian yang ditawarkan di sekolah ini adalah:
- Muzik
- Tari
- Teater/Seni Lakon
- Seni Visual
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
- Sihat tubuh badan
- Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses
Syarat Kemasukan
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kemasukan:
- Lulus Uji Bakat.
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan.
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
- Mengemukakan rekod kesihatan murid.
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan melayari portal permohonan iaitu https://essem.moe.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi Datin Nik Shareeza Roslyn binti Mohd Rosly di talian 03-88841012 atau emelkan pertanyaan melalui email ke [email protected]
Baca juga: Permohonan Biasiswa BYSTT & YBSTAR Sarawak 2025/2026



