Permohonan Program Matrikulasi KPM Lepasan SPM 2022

Untuk bakal lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022, permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih dibuka dan akan ditutup pada 16 April 2023.

Untuk makluman, Program Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Pelaksanaan program matrikulasi ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program matrikulasi/asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Objektif pelaksanaan program matrikulasi ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Senarai Matrikulasi

Calon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi KPM akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan yang ditawarkan:

Kolej MatrikulasiAliran/Jurusan
Kolej Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Perlis Perakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Perak Perakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi MelakaPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi LabuanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi JohorPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PahangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi KedahPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraan
Kolej Matrikulasi KelantanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi SarawakPerakaunan, Sains
Kolej MARA KulimPerakaunan, Sains
Kolej MARA Kuala NerangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains

Jurusan Ditawarkan

Terdapat 4 jurusan yang ditawarkan bagi program matrikulasi ini iaitu:

  • Jurusan Sains:
    – Sains Hayat
    – Sains Fizikal
    – Sains Komputer
  • Jurusan Kejuruteraan:
    – Kejuruteraan Asas
    – Kejuruteraan Awam
    – Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    – Kejuruteraan Mekanikal
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional

Syarat Umum

Syarat umum bagi calon-calon yang ingin memohon program matrikulasi ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun semasa memohon.
  3. Pemohon mestilah merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa.

Syarat Khusus

Calon-calon juga perlu memenuhi syarat khusus mengikut jurusan yang dipohon iaitu:

i) Jurusan Sains

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- B
  • Matematik Tambahan- C
  • Kimia- C
  • Fizik atau Biologi- C

ii) Jurusan Perakaunan

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- C
  • Mendapat minimum C dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Matematik Tambahan/Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

iii) Jurusan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- B
  • Matematik Tambahan- C
  • Kimia- Lulus
  • Fizik- C
  • Mendapat minimum C dalam mana-mana 1 mata pelajaran berikut: Biologi/Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Asas Kelestarian/Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan.

iv) Perakaunan Professional

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- A-
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- A
  • Matematik Tambahan- C
  • Mendapat minimum A dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Cara Membuat Permohonan Matrikulasi KPM

Untuk membuat permohonan kemasukan ke program matrikulasi ini, calon-calon diminta untuk mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://matrikulasi.moe.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
  4. Isi no kad pengenalan serta angka giliran SPM dan seterusnya klik butang ‘Cari.’
  5. Lengkapkan maklumat diri dan klik butang ‘Daftar.’
  6. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  7. Isi maklumat dengan betul dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  8. Untuk menghantar permohonan, klik butang ‘Hantar Permohonan.’
  9. Cetak borang permohonan untuk simpanan.

Info Lanjut Permohonan / Semakan Matrikulasi KPM

Untuk info lanjut mengenai Program Matrikulasi KPM, sila layari https://matrikulasi.moe.gov.my/ atau https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: