SAKNJ: Permohonan Darjah 1 Sek. Agama Kerajaan Negeri Johor 2023

Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah membuka permohonan kemasukan darjah 1 ke Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ) bagi tahun 2023.

Untuk makluman, SAKNJ telah diwujudkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar bagi memberikan pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di Negeri Johor.

Pelaksanaan sekolah ini menggunakan perantaraan Bahasa Melayu untuk memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah.

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini boleh berbuat demikian menerusi pautan pendaftaran yang disediakan.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan untuk kemasukan ke sekolah ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik link mengikut daerah sekolah yang ingin dipohon:
    – Daerah Johor Bahru- https://forms.gle/RkPzrMB1ANY9r3199
    – Daerah Muar- https://forms.gle/YcssVqBuE7KqQxY37
    – Daerah Batu Pahat- https://forms.gle/3GwsMSPyGyseVyaZ7
    – Daerah Kluang- https://forms.gle/7n6YKjjqAJa15nih6
    – Daerah Kota Tinggi- https://forms.gle/dKGEHgVDmQZchLt46
    – Daerah Pontian- https://forms.gle/47k7sDdeyknDR6jF6
    – Daerah Segamat- https://forms.gle/QyqYw5UeiK8y77Gd6
    – Daerah Mersing- https://forms.gle/nxZbSCRtVwoctzDL7
    – Daerah Kulai- https://forms.gle/ddHTG1a6NMgmegUT6
    – Daerah Tangkak- https://forms.gle/xSSP8MoY3VPJcXqR6
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Submit.’
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar ke sekolah yang dipohon.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada pihak sekolah adalah seperti berikut:

  1. 3 salinan sijil kelahiran calon                      
  2. 3 salinan Mykad                              
  3. 3 salinan kad pengenalan bapa/penjaga                             
  4. 3 salinan kad pengenalan ibu/penjaga                  
  5. 3 salinan sijil nikah ibu/bapa/penjaga                
  6. 3 salinan slip gaji ibu bapa/penjaga                    
  7. 3 salinan bil air/elektrik (jika berkaitan)               
  8. 3 salinan sijil pengangkatan (jika berkaitan)

Ibu bapa diingatkan untuk memastikan setiap dokumen yang dihantar perlulah disahkan terlebih dahulu.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan darjah 1 ke SAKNJ 2023, sila layari https://jainj.johor.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: