Permohonan Tadika Islam MAIWP: Kemasukan 5 & 6 Tahun Sesi 2022
Ibu bapa di Wilayah Persekutuan yang ingin mengantar anak-anak mereka ke Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini boleh membuat permohonan bagi kemasukan 5 dan 6 tahun bagi sesi tahun 2022.
Untuk makluman, Tadika Islam sebelum ini berada di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) namun telah diserahkan kepada MAIWP berkuatkuasa pada 1 Januari 2009 hasil daripada Mesyuarat MAIWP kali ke-104 tahun 2008.
Objektif penubuhan Tadika Islam MAIWP ini adalah seperti berikut iaitu:
- Melaksanakan program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun dengan mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
- Menyediakan suasana pembelajaran yang berorientasikan “Belajar Melalui Bermain” (learning through play) dalam usaha mengembangkan kemahiran asas dan potensi kanak-kanak dalam segala aspek perkembangannya sebagai persediaannya untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar (formal).
- Memupuk dan melengkapkan sifat peribadi (sahsiah), perwatakan dan konsep diri yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak.
- Melahirkan generasi ulul albab yang cemerlang dan mempunyai sahsiah mulia di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti.
Oleh itu, ibu bapa yang ingin membuat permohonan kemasukan bagi sesi akan datang boleh membuat permohonan bermula 16 sehingga 30 Ogos 2021 secara atas talian.
Lokasi Tadika Islam
Sebanyak 78 buah Tadika Islam MAIWP di seluruh Wilayah Persekutuan dengan melibatkan 74 buah di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 4 di Wilayah Persekutuan Labuan.
78 buah Tadika Islam MAIWP terebut merangkumi 6 zon diseluruh Wilayah Persekutuan iaitu:
- Zon Bandar Tun Razak (Putrajaya)
- Zon Titiwangsa
- Zon Bangsar
- Zon Setapak
- Zon Batu
- Zon Labuan
Senarai setiap tadika mengikut zon ini boleh dirujuk melalui pautan berikut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/institusi-pendidikan/tadika-islam.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh ibu bapa sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon (murid) mestilah warganegara Malaysia.
- Permohonan diutamakan bagi ibu/bapa/penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
- Pendaftaran Prasekolah 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari hingga 31 Disember 2017.
- Pendaftaran Prasekolah 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari hingga 31 Disember 2016 (murid baru).
- Murid sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit kronik/kritikal.
- Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas yang sedia ada sahaja.
- Ibu/bapa/penjaga diwajibkan mengisi borang permohonan kemasukan dengan lengkap secara dalam talian (online) melalui laman sesawang MAIWP.
- Hanya murid yang membuat pengisian secara dalam talian (online) sahaja akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke tadika.
- Ibu/bapa/penjaga hanya boleh membuat 1 permohonan sahaja untuk seorang anak.
Terdapat syarat tambahan bagi permohonan kemasukan ke Tadika Islam MAIWP Presint 18, Putrajaya iaitu:
- Pemohonan diutamakan kepada pendapatan kasar isi rumah yang tidak melebihi RM8,000.00.
- Murid lulus Ujian Penilaian Kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP Cawangan Putrajaya (tarikh ujian akan dimaklumkan oleh MAIWP Cawangan Putrajaya).
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan iaitu https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/63-tadika-islam.
- Klik pada bahagian ‘Permohonan Tadika Atas Talian.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Hantar’ setelah semua maklumat diisi dan dokumen di muat naik.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Sijil Kelahiran Murid dan Mykids Murid.
- Salinan Kad Pengenalan/Passport Ibu dan Bapa/Penjaga.
- Satu salinan Penyata Gaji/Pencen Ibu dan Bapa/Penjaga terkini.
- Surat akuan sumpah pendapatan terkini (yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah) sekiranya ibu / bapa / penjaga yang tiada slip gaji/bekerja sendiri/tidak bekerja.
- Satu salinan cukai pintu atau bil utiliti kediaman semasa.
- Salinan rekod kesihatan – Rekod Imunisasi Murid.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Tadika Islam MAIWP, sila hubungi:
- Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan: :03-4047 9444 samb 518/536.
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya): 03-8871 50000.
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan): 087-418 5515/512.