IdMe: Permohonan Tahun 1 KPM Sesi 2026

Ibu bapa yang ingin membuat permohonan murid Tahun 1 2026 boleh berbuat demikian melalui Sistem Modul Pengurusan Murid (idMe) mulai 1 Mac

Berikut adalah mengenai sistem ini dan cara membuat permohonan.

Mengenai IdMe

Sistem Modul Pengurusan Murid (idMe) diwujudkan antaranya untuk ibu bapa juga boleh mendaftar anak-anak mereka bagi Tahun 1 secara atas talian.

Untuk makluman, sistem Modul Pengurusan Murid merupakan sistem yang wujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan permohonan ke Tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 KPM 2026

KPM sebelum ini telah membuka pendaftaran secara atas talian bagi pendaftaran Tahun 1 2025 mulai 1 Mac hingga 30 April 2025.

Kelayakan Murid Tahun 1

Murid Tahun 1 yang berikut layak untuk mendaftar bagi sesi persekolahan bagi tahun 2026:

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia.
  • Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2019 hingga 01.01.2020.

Cara Pendaftaran Murid Tahun 1 Online

Untuk mendaftar ke sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://idme.moe.gov.my/.
  2. Klik ‘Daftar Baru’ untuk pengguna yang tidak mempunyai akuan.
  3. Isikan semua maklumat yang disediakan (maklumat yang bertanda * adalah wajib untuk diisi).
  4. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruang yang disediakan.
  5. Klik butang ‘Daftar’ untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang ‘Reset’ untuk reset semula maklumat pengguna.
  6. Pilih Modul Pengurusan Awam.
  7. Isi/kemaskini Pengurusan Profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan, dan maklumat anak jagaan.
  8. Klik Tambah anak/jagaan dan kemaskini (jika belum wujud).
  9. Setelah selesai di modul Pengurusan Proful, pilih Permohonan Kemasukan.
  10. Klik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM 2026.

NOTA:

Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak emel untuk mendapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata laluan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baru.

Soalan Lazim

Bagaimana jika saya tidak boleh log masuk kerana terlupa kata laluan?

Pengguna boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan menerusi e-mel yang tuan/puan telah daftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan.

Apakah punca nama anak-anak saya tiada dalam paparan apabila saya telah log masuk?

Apabila nama anak pengguna tiada dalam senarai, ia berpunca daripada masalah data peribadi tuan/puan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) tidak tepat ataupun terdapat kesalahan. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menghubungi guru kelas bagi menyemak dan melakukan pembetulan jika terdapat kesalahan atau kesilapan.

Adakah sebagai seorang datuk/nenek/penjaga rumah kebajikan/rumah anak yatim boleh menjadi Penjaga Utama dan mengemaskini data murid/anak/cucu jagaan saya?

Pengguna boleh menjadi penjaga utama dan mengemaskini data dengan syarat pengguna tersebut telah memaklumkan maklumat tersebut bagi guru kelas memasukkan maklumat ke dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di tab maklumat penjaga.

Adakah saya sebagai penjaga tunggal yang sudah berpisah dengan pasangan saya meletakkan maklumat seorang lagi penjaga sebagai “Tidak Diketahui” dan “Tidak Berkenaan?”

Pengguna boleh melakukannya dengan syarat tuan/puan memaklumkan perkara ini kepada guru kelas anak jagaan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran Tahun 1 2026, sila layari laman web https://public.moe.gov.my/.

Baca juga: Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: