Perodua Axia E: Spesifikasi, Warna & Harga Rahmah

Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah memperkenalkan model kereta baharu Axia E dengan harga mampu milik atau harga Rahmah kepada pengguna.
Menurut kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, menyatakan model terbaharu Perodua itu direka untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.
Tempahan bagi model ini telah dibuka mulai 15 Jun 2023 dan penghantaran dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari selepas tempahan (bergantung kepada permintaan).
Mengenai Axia E
Axia E adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan ia diperakui dengan penarafan empat bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Sejak dilancarkan pada 2014 sehingga 31 Mei 2023, PERODUA telah merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit model Axia, termasuk Axia serba baharu yang dilancarkan pada Februari 2023.
Harga Kereta
Bagi kereta model ini, harga yang ditawarkan adalah harga Rahmah iaitu hanya RM22,000 sahaja tanpa insurans untuk transmisi manual.
Ini lebih rendah daripada Perodua Axia transmisi automatik iaitu:
- Axia 1.0L AV: RM49,500
- Axia 1.0L SE: RM44,000
- Axia 1.0L X: RM40,000
- Axia 1.0L G: RM38,600
Menariknya, harga jualan bagi model ini adalah sama untuk seluruh Malaysia berbanding kebiasaan sebelum ini harga jualan Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mana adalah adalah berbeza.
Spesifikasi Kereta
Ketera ini menawarkan beberapa spesifikasi iaitu
- Enjin petrol 1.0L 3-silinder
- Ditawarkan bagi versi transmisi manual lima kelajuan
- Mempunyai Aircond, Power Steering, dan Power Window
- Servis setiap 10,000 KM dan mempunyai warranty sebanyak 5 tahun
- Tiada ABS
- Dua beg udara
- Sistem peringatan tali pinggang keledar
- Terdapat 3 warna ditawarkan
Walaupun model ini hanya datang dengan ciri asas sahaja, namun ia masih lagi menawarkan ciri keselamatan yang baik termasuklah diperakui dengan penarafan 4-bintang Asean NCAP oleh MIROS.
Warna Kereta
Kereta ini menawarkan 3 warna kepada pengguna iaitu:
- Ivory White
- Glittering Silver
- Granite Grey
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Axia E, sila layari laman web Produa iaitu https://www.perodua.com.my/our-models/axia.html.