Cara Mohon Perumahan Generasi Baharu FELDA
Generasi baharu FELDA kini berpeluang untuk memiliki rumah baharu menerusi Perumahan Generasi Baharu FELDA.
Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA merupakan projek perumahan khas kerajaan kepada generasi baru FELDA.
Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada generasi baharu FELDA yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah mereka sendiri yang lebih selesa.
Generasi baharu FELDA yang berminat boleh menyemak syarat permohonan sebelum membuat permohonan perumahan ini.
Harga & Kategori Perumahan Generasi Baharu FELDA
Harga dan kategori rumah yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Rumah Kategori A (Alamanda): RM199,800
- Rumah Kategori B (Anggerik): RM155,800
- Rumah Kategori C (Teratai): RM135,000
- Rumah Kategori D (Kenanga): RM113,800
- Rumah Kategori E (Raflesia): RM87,000
- Rumah Kategori F (Orkid): RM78,000
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon rumah ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon berumur 18 hingga 70 tahun.
- Tempoh pembiayaan maksima sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu).
- Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan.
- Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri.
- Pemohon tidak diisytiharkan bangkrap.
- Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan.
Tatacara Permohonan
Pemohon yang ingin memohon boleh membuat permohonan menerusi tatacara berikut:
- Muat turun borang permohonan di https://drive.google.com/drive/folders/1V_hJPVMzLxtGtNfN8Vh5FZ6uWrQIBlQt?fbclid=IwAR1TsIHdB2M4oIp9YLC3DgEQ4Bx9j9pjcBLRuLeC_qdmsCsru8eIYmchL8E
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperluken ke alamat:
FIC Supplies Sdn Bhd,
Aras 4, Balai Felda,
Jalan Gurney 1,
54000 Kuala Lumpur.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan/MyKad.
- Salinan geran individu.
- Bagi bekerja sendiri/ahli perniagaan:
– Pendaftaran syarikat/perniagaan.
– Pendapatan mesti disahkan oleh Pengurus Rancangan/Penghulu/Pegawai Kerajaan Kategori A.
– Penyata bank 6 bulan terkini. - Bagi berpendapatan tetap:
– Slip gaji 3 bulan terkini
– Surat Pengesahan Majikan
– Penyata bank 3 bulan terkini
Pertanyaan Lanjut
Jika mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek Perumahan Generasi Baharu FELDA, hubungi Pn Mas Suri di talian 010-2321037.