Permohonan PESP: Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS

PETRONAS yang merupakan syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia akan membuka program biasiswa pendidikannya iaitu PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) atau Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS.

PESP adalah program biasiswa pendidikan yang ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun.

Untuk tahun ini, permohonan program biasiswa ini dibuka bagi lepasan SPM untuk tahun 2021.

Permohonan program biasiswa ini akan dibuka secara online mulai 16 Jun 2022 sehingga 22 Jun 2022.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang tertakluk kepada penajaan program biasiswa ini adalah seperti:

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum
  • GeoSains
  • Kimia Gunaan
  • Biokimia
  • Sains Persekitaran
  • Sains Aktuari
  • Sains Komputer
  • Statistik
  • Matematik
  • Akauntan
  • Ekonomi
  • Undang-undang
  • Psikologi
  • Sosiologi
  • Pengurusan Perniagaan

Pelajar Universiti Layak Memohon

Pelajar universiti berikut layak untuk memohon program biasiswa ini iaitu:

  1. Universiti Teknologi PETRONAS (termasuk Program Asasi 1 tahun).
  2. Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada Program Matrikulasi atau Asasi.
  3. Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk pelajar yang layak memohon program biasiswa ini mestilah memperolehi sekurang-kurangnya minima 8A dalam SPM.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://educationsponsorship.petronas.com.my bermula 16 Jun 2022.

Info Lanjut

Sebarang info dan pertanyaan lanjut mengenai PESP, sila hubungi 03 – 2331 2277/2299/3311 atau menghantar email ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *