Peta i-Think: Peta Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi pembelajaran abad ke-21 ialah menggunakan Peta i-Think.

Peta i-Think ialah peta pemikiran yang diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang disesuaikan mengikut tajuk atau unik pelajaran berdasarkan sub topik yang berkaitan.

Selain itu, Peta i-Think ini juga boleh diolah dan dikembangkan isi utamanya dan menjadi pecahan kepada isi penting yang lainnya.

Penggunaan pelbagai bentuk peta pemikiran i-Think juga mampu melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif di sekolah.

Jenis Peta i-Think

Terdapat 8 jenis Peta i-Think yang boleh digunakan dalam pembelajaran iaitu:

  • Circle Map (Peta Bulatan)
  • Bubble Map (Peta Buih)
  • Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
  • Tree Map (Peta Pokok)
  • Brace Map (Peta Dakap)
  • Flow Map (Peta Alir)
  • Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
  • Bridge Map (Peta Titi)

Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map atau Peta Bulatan ialah peta yang digunakan untuk bagi sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut sesuatu konteks.

Contoh peta bulatan yang boleh digunakan adalah seperti gambar di bawah:

peta i-think

Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map atau Peta Buih digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti yang lazimnya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

Salah satu contoh peta buih yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

peta i-think

Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)

Double Bubble Map atau Peta Buih Berganda digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau situasi yang pelbagai.

Antara contoh Peta Buih Berganda yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

peta i-think

Peta Pokok (Tree Map)

Tree Map atau Peta Pokok digunakan untuk menyusun maklumat dengan cara mengklasifikasi atau membahagikan sesuatu perkara mengikut kelas atau kategori.

peta i-think

Antara Peta Pokok yang boleh dijadikan contoh pembelajaran adalah seperti berikut:

Peta Dakap (Brace Map)

Peta Dakap atau Brace Map digunakan untuk menerangkan bahagian-bahagian sesuatu perkara secara menyeluruh dan terperinci.

Untuk Peta Dakap, garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek dan arisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

Antara Peta Dakap yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

peta i-think

Peta Alir (Flow Map)

Peta Alir atau Flow Map lazimnya digunakan untuk menyusun sesuatu plot, proses atau kronologi.

Peta Alir yang boleh dijadikan contoh atau panduan adalah seperti gambar di bawah:

Peta Pelbagai Alir (Multi Flow Map)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat sesuatu fenomena.

Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting manakala bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut dan bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

Peta Pelbagai Alir boleh digunakan oleh murid seperti dalam contoh di bawah:

Peta Titi (Bridge Map)

Bridge Map atau Peta Titi digunakan untuk murid mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor hubungan yang berlaku.

Contoh pengaplikasian Peta Titi adalah seperti berikut:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Peta i-Think boleh ditonton melalui video di pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=q0ouMsfMmQE.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: