PIDN 2025: Program Ijazah Dalam Negara

Pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU) adalah dialukan untuk memohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2025.
Berikut merupakan info mengenai penajaan ini dan cara untuk memohon.
Mengenai PIDN
Untuk pengetahuan, PIDN merupakan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang ditawarkan kepada pelajar yang layak.
Penajaan ini ditawarkan kepada pelajar Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan GLU.
Permohonan PIDN tahun 2025 secara dalam talian dibuka bermula daripada 28 Februari 2025 (jam 10.00 pagi) hingga 9 April 2025 (sehingga 5.00 petang).
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditaja adalah seperti berikut:
- Sains
- Sains Sosial/Sastera
- Seni Bina
- Kejuruteraan dan Teknikal/Teknologi
Bidang-bidang yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
- Bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar boleh memohon melalui Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi (Ijazah Pertama);
- Bidang pendidikan;
- Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan dan sebagainya;
- Program-program berbentuk francais UA/ IPTS;
- Program-program berkembar/ ijazah dual/ double degree/ program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan;
- Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
- Program-program berkaitan sijil/ kursus profesional; dan
- Program pengajian secara separuh masa/ jarak jauh/ atas talian/pengajian tanpa subsidi yuran pengajian/ saluran komersial.
Bayaran Balik
Bagi pelajar yang layak, bayaran balik akan dikenakan menerusi 4 keadaan iaitu:
- Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Syarat Umum PIDN
Syarat umum yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
- Ibu dan/ atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama);
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
- Umur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan).
Syarat Khusus PIDN
Syarat khusus bagi pemohon juga ditetapkan seperti berikut iaitu:
- Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
- Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet;
- Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan.
- Tiada penangguhan pengajian sebelum calon memohon: dan
- Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
I. Pelajar telah memulakan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan memperoleh keputusan seperti berikut:
a. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang- kurangnya PNGK 3.30 (selain bidang Kejuruteraan); atau
b. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (bidang Kejuruteraan); dan
c. Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/ semasa.
II. Bagi pelajar lepasan Diploma yang belum mempunyai keputusan semester pertama di peringkat Ijazah Pertama, pelajar boleh memohon menggunakan keputusan akhir Diploma dengan pencapaian sekurang-kurangnya PNGK 3.30.
Cara Memohon
Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di
https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/ bermula 28 Februari 2025 (10.00 pagi) hingga 9 April 2025 (jam 5.00 petang).
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2025 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan keputusan PIDN 2025, sila layari laman web https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/?view=article&id=126&catid=11