PIDN JPA: Penajaan Program Ijazah Dalam Negara 2023

Bagi pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama dalam bidang Perubatan, Pergigian, dan Farmasi di Universiti Awam (UA), mereka boleh memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Untuk pengetahuan, PIDN merupakan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang ditawarkan kepada pelajar yang layak.

Bagi mereka yang berminat, permohonan PIDN boleh dibuat mulai 3 Julai 2023 sehingga 7 Julai 2023 secara atas talian.

Senarai IPT Yang Ditaja

Senarai Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang termasuk dalam penajaan PIDN adalah seperti berikut:

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang termasuk dalam penajaan ini adalah seperti berikut:

  • Bidang perubatan
  • Bidang pergigian
  • Bidang farmasi

Bayaran Balik PIDN JPA

Bagi pelajar yang layak, bayaran balik akan dikenakan menerusi 4 keadaan iaitu:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Syarat Umum PIDN JPA

Syarat umum yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar perlulah mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  5. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

Syarat Khusus Penajaan Program Ijazah Dalam Negara 2023

Syarat khusus bagi pemohon juga ditetapkan seperti berikut iaitu:

i) Bidang Farmasi

  1. Pelajar telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)terkini sekurang-kurangnya 3.30.
  2. Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa.

ii) Bidang Perubatan/Pergigian

  1. Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian.
  2. Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa.

Tatacara Permohonan PIDN JPA

Tatacara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan https://esilav2.jpa.gov.my/.
  2. Klik di bahagian ‘Daftar’ dan klik ‘Teruskan Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Teruskan Pendaftaran.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan permohonan yang diperlukan sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PIDN 2023, sila layari laman web https://esilav2.jpa.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: