Bagi pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Goverment Linked Universities (GLU), mereka boleh memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Untuk pengetahuan, PIDN merupakan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang ditawarkan kepada pelajar yang layak.
Bagi mereka yang berminat, permohonan PIDN boleh dibuat mulai 14 Februari 2022 sehingga 27 Februari 2022 secara atas talian.
Senarai IPT Yang Ditaja
Senarai Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang termasuk dalam penajaan PIDN adalah seperti berikut:
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Politeknik Ungku Omar
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Politeknik Ibrahim Sultan
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi
Malaysia Kuala Lumpur (UTM-MJIIT)
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang termasuk dalam penajaan ini adalah seperti berikut:
- Klinikal dan kesihatan
- Kejuruteraan dan teknikal
- Sains Sosial
- Sains
Bidang pengajian yang tidak termasuk dalam penajaan ini adalah seperti:
- Bidang pendidikan.
- Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan.
- Program-program berbentuk francais universiti awam/IPTS.
- Program-program berkembar/dual ijazah/double degree/program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT).
- Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan.
- Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA.
- Program pengajian secara separuh masa/jarak jauh/atas talian/pengajian tanpa subsidi yuran pengajian
Bayaran Balik
Bagi pelajar yang layak, bayaran balik akan dikenakan menerusi 4 keadaan iaitu:
- Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Syarat Umum
Syarat umum yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar perlulah mempunyai kesihatan yang baik.
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
- Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).
Syarat Khusus
Syarat khusus bagi pemohon juga ditetapkan seperti berikut iaitu:
- Pelajar telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
- Bagi pelajar dalam bidang selain daripada perbuatan dan pergigian:
– Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00.
– Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau
– Mereka memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; dan
– Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa. - Bagi pelajar bidang perubatan dan pergigian:
– Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
– Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa.
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PIDN.
- Klik di bahagian ‘Daftar’ dan klik ‘Teruskan Pendaftaran.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Teruskan Pendaftaran.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan permohonan yang diperlukan sehingga tamat.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai PIDN, sila layari laman web https://esilav2.jpa.gov.my/.