PIDN 2024: Penajaan Program Ijazah Dalam Negara

Bagi pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU), mereka boleh memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2024 di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut merupakan info mengenai penajaan ini dan cara untuk memohon.

Mengenai PIDN

Untuk pengetahuan, PIDN merupakan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang ditawarkan kepada pelajar yang layak.

Penajaan ini ditawarkan kepada pelajar Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan GLU.

Bagi mereka yang berminat, permohonan PIDN boleh dibuat mulai 29 Februari 2024 sehingga 7 April 2024 secara atas talian.

Senarai IPT Yang Ditaja

Senarai Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang termasuk dalam penajaan PIDN adalah seperti berikut:

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
  17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  21. Politeknik Ungku Omar
  22. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  23. Politeknik Ibrahim Sultan
  24. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  25. Universiti Multimedia (MMU)
  26. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  27. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  28. Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM-MJIIT)

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

Bidang pengajian yang tidak termasuk dalam penajaan ini adalah seperti berikut:

  • Bidang pendidikan.
  • Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen sepertilesen penerbangan, lesen menyelam dan sebagainya.
  • Program-program berbentuk francais universiti awam/IPTS.
  • Program-program berkembar/ijazah dual/double degree/programkerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan.
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program praperkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA.
  • Program pengajian secara separuh masa/jarak jauh/dalam talian/pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

Bayaran Balik

Bagi pelajar yang layak, bayaran balik akan dikenakan menerusi 4 keadaan iaitu:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Syarat Umum PIDN JPA

Syarat umum yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar perlulah mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  5. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

Syarat Khusus PIDN

Syarat khusus bagi pemohon juga ditetapkan seperti berikut iaitu:

  1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertamasebelum tarikh iklan ditutup;
  2. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet;
  3. Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan.
  4. Bidang selain Perubatan dan Pergigian:
    – Pelajar telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang- kurangnya PNGK 3.30 (bidang selain Kejuruteraan); atau
    – Pelajar bidang Kejuruteraan yang telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.00; dan
    – Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa.

Cara Memohon PIDN 2024

Tatacara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PIDN.
  2. Klik di bahagian ‘Daftar’ dan klik ‘Teruskan Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Teruskan Pendaftaran.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan permohonan yang diperlukan sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PIDN 2024, sila layari laman web https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: