Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara TKWBNS 2022

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menawarkan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara bagi tahun 2022 kepada anak-anak Negeri Selangor yang menyambung pengajian di Mesir, Jordan, dan Maghribi.

Untuk makluman, TKWBNS merupakan tabung yang diuruskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan peruntukan yang diterima adalah daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara yang ditawarkan ini pula merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah kepada anak-anak Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Permohonan bagi pinjaman ini boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 sehingga 29 April 2022 secara atas talian.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pinjaman ini adalah seperti berikut:

NegaraPeringkat PengajianJumlah
Mesir-Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Arab dan sebagainya

-Ijazah Perubatan/Pergigian

-Ijazah Sarjana Pengajian Islam/Arab dan sebagainya RM9,600 Setahun

 *Tidak dibuka untuk peringkat Doktor Falsafah
-RM 6,500 setahun

-RM15,000 setahun

-RM 9,600 setahun
Jordan/MaghribiUntuk semua peringkat pengajianRM15,000 setahun

Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan adalah bermula daripada tarikh kuat kuasa surat tawaran TKWBNS sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

Syarat Am

Syarat am yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    – Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
    – Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    – Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih 10 tahun di Selangor.
  2. Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa peringkat Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah di universiti yang diiktiraf di Mesir, Jordan dan Maghribi.
  3. Bukan pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
  5. Pelajar, ibu, bapa, ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS.
  6. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (biasiswa, pinjaman atau dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).

Syarat Akademik

Pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  2. Telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya Jayyid (good) dalam peperiksaan terkini bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda; atau
  3. Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM selain mata pelajaran; atau
  4. Memperoleh sekurang-kurangnya 4 Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  5. Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kelulusan (Jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan boleh dilaksanakan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Setelah selesai, hantar permohonan kepada pihak urusetia.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara, sila hubungi urusetia berikut:

  • Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat SUK Selangor di talian 03-55212275/03-55447543 atau email ke [email protected].
  • Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir di talian +201100107280/011-48542004 atau email ke [email protected]
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: