Pinjaman Pelajaran Bantuan Pendidikan Negeri Perlis 2025

Yayasan Islam Perlis telah membuka tawaran kepada pelajar universiti anak Perlis iaitu Pinjaman Pelajaran Bantuan Pendidikan Negeri Perlis 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Mengenai Yayasan Islam Perlis

Yayasan Islam Perlis telah ditubuhkan melalui Enakmen Bil. 4 Tahun 1987 setelah menerima perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2 September 1987 dan melalui kelulusan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang di dalam Dewan Undangan Negeri pada 28 April 1987.

Yayasan ini memulakan urusan pentadbirannya di pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis (UPEN) dengan melantik pengarah UPEN secara pinjaman sebagai pengarah Yayasan Islam Perlis yang pertama dan juga bendahari negeri Perlis sebagai bendahari pinjaman kepada Yayasan Islam Perlis.

Salah satu fungsi yayasan ini adalah dalam memberikan bantuan pinjaman pelajaran kepada pelajar di universiti tempatan dan luar negara.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Anak Negeri Perlis samada pemohon/bapa/ibu.
  2. Pemohon berketurunan Melayu.
  3. Pemohon mestilah MENETAP DI NEGERI PERLIS sekurang-kurangnya lima 5 tahun secara terus dan mendapat pendidikan dalam negeri selama tempoh berkenaan.
  4. Pinjaman Pelajaran ditawarkan untuk pengajian SEPENUH MASA di peringkat Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah sahaja.
  5. Permohonan terbuka untuk pengajian di universiti-universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Cara Memohon

Cara untuk memohon pinjaman pelajaran bantuan pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://get-qr.com/content/gFap1a.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat:

    Yayasan Islam Perlis,
    No 29 & 31, Kompleks Perniagaan PKENPs,
    Jalan Sena Indah, Persiaran Jubli Emas,
    01000 Kangar, PERLIS.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila sertakan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:

  1. Salinan sijil kelahiran
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti/Institusi
  4. Salinan sijil berhenti sekolah
  5. Salinan Sijil SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Salinan Transkripsi Asasi, Salinan Diploma, dan lain-lain kelulusan yang setaraf (jika ada)

Semua salinan dokumen tersebut hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua Sekolah/ Guru Besar/ Majikan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pelajaran Bantuan Pendidikan Negeri Perlis 2025, sila layari laman web https://yips.perlis.gov.my/.

Baca juga: Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Darul Quran 25/26

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: