Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021

Bagi pelajar anak Negeri Selangor yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja), Yayasan Selangor mengalu-alukan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor.

Untuk makluman, Yayasan Selangor merupakan yayasan telah ditubuhkan pada 5 November 1970 dengan tujuan penubuhannya adalah untuk memberi galakan dan bantuan pendidikan kepada rakyat negeri Selangor khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi.

Salah satu bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan Selangor ialah Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah yang ditawarkan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Oleh itu, para pelajar peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang ingin memohon Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor boleh mula membuat permohonan bermula 1 September sehingga 30 September 2021.

Kadar Tajaan

Kadar tajaan yang ditawarkan menerusi Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah ini adalah seperti berikut:

Peringkat PengajianKadar Setahun
DiplomaRM 2,000.00 – RM 7,000.00
Ijazah Sarjana MudaRM 3,000.00 – RM 8,000.00

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang dikenakan terhadap pelajar yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 atau; Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun dan mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri/Penghulu/Ketua Kampung di kawasan tempat tinggal pemohon di negeri Selangor.
  3. Pendapatan per kapita keluarga pemohon adalah di bawah RM 3,000.00.
  4. Pelajar masih belum menerima sebarang pembiayaan pendidikan daripada mana-mana badan penajaan pembiayaan pendidikan.
  5. Keutamaan tawaran akan diberikan kepada pelajar Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS dan status kelahiran anak Selangor. Lain-lain keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Muat turun borang di pautan http://yayasanselangor.org.my/wp-content/uploads/2021/09/Borang-Permohonan-Pinjaman-Pelajaran-Sesi-September-2021.pdf.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

    Bahagian Pembiayaan Pendidikan,
    Yayasan Selangor,
    Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
    No.18A, Persiaran Barat,
    46000 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga dan dokumen lain yang berkaitan.
  2. Surat pengesahan pemastautin (bagi bukan kelahiran Selangor).
  3. Surat Tawaran pengajian.
  4. Sijil SPM/SPMV/STPM/sijil/diploma dan lain-lain sijil yang berkaitan.
  5. Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial).
  6. Keputusan peperiksaan bagi setiap tahun akademik/semester (jika berkenaan).
  7. Slip/Penyata gaji terakhir ibu bapa/penjaga dan Borang ‘J” (LHDN).
  8. Surat akuan pendapatan (bagi ibu bapa yang bekerja sendiri).
  9. Slip bayaran yuran,maklumat, dan kos yuran pengajian keseluruhan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor ini boleh dibuat dengan menghubungi pihak Yayasan Selangor di talian 03-7669 1237/188/243/162 atau menghantar email ke alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: