Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Sesi 1 2025

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan membuka permohonan bagi mahasiswa anak Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa menerusi Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Sesi 1 2025.
Berikut merupakan info mengenai pinjaman pelajaran ini dan cara untuk memohon.
Mengenai Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ
YPJ merupakan yayasan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman atau biasiswa bagi mahasiswa anak-anak negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.
Salah satu bantuan dan pinjaman yang diwujudkan untuk mahasiswa anak-anak Johor ialah Pinjaman Pelajaran Dalam Negara bagi membantu mereka yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau dan IPTS di bawah YPJ.
Menariknya, pinjaman pelajaran ini menawarkan 0% faedah kepada mereka berjaya membuat permohonan.
Oleh itu, permohonan pinjaman pelajaran sesi 1 2025 boleh dibuat mulai 21 April sehingga 5 Mei 2025.
Syarat Am
Syarat am yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Negeri Johor;
- Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut di IPTA (Universiti & Politeknik) peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
- Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut di IPTS di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ peringkat Sijil atau Diploma;
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori B40 dan M40;
- Keutamaan bagi yang belum mempunyai tajaan;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web http://prolims.ypj.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Permohonan Pra Pendaftaran.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Pra Permohonan.’
- Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
- Buat permohonan sehingga selesai.
- Sediakan dokumen yang diperlukan
- Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan.
- Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
- Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru kanan atas jenis permohonan yang di pohon iaitu Pinjaman Pelajaran Dalam Negara/Skim Bantuan Pendaftaran.
- Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan) atau bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke pejabat YPJ adalah seperti berikut:
- Slip Pengesahan Permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa atau Penjaga
- Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (Slip Gaji/Penyata Pendapatan/Penyata Pencen)
- Salinan Surat Tawaran IPT
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Sijil SPM
- Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
- Salinan Bil Elektrik / Bil Air yang terkini
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pelajaran Dalam Negara Sesi 1 2025, sila layari laman web http://portal.ypj.gov.my/.
Baca juga: Biasiswa Sagong Tasi 2025: Penajaan Pelajaran Pelajar Orang Asli