Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2024

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan membuka permohonan bagi mahasiswa anak Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa menerusi Pinjaman Pelajaran Dalam Negara 2024.

Berikut merupakan info mengenai pinjaman pelajaran ini dan cara untuk memohon.

Mengenai Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ

YPJ merupakan yayasan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman atau biasiswa bagi mahasiswa anak-anak negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.

Salah satu bantuan dan pinjaman yang diwujudkan untuk mahasiswa anak-anak Johor ialah Pinjaman Pelajaran Dalam Negara bagi membantu mereka yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Kolej YPJ.

Oleh itu, permohonan pinjaman pelajaran ini boleh dibuat mulai 17 Mac 2024 sehingga 30 Mac 2024.

Pelajar IPT & Kolej Layak Memohon

IPT dan kolej yang layak untuk memohon pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:

i) IPTA

  1. Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)

ii) Kolej

  1. Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)
  2. Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)

Syarat Am

Syarat am yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.
  2. Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan.
  3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu 1 tahun.
  5. Pemohon tiada penaja lain (pinjaman/biasiswa).
  6. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa.’
  7. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa dan kelulusan).
  8. Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan perkapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://prolims.ypj.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Pra Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Pra Permohonan.’
  4. Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Buat permohonan sehingga selesai.
  6. Sediakan dokumen yang diperlukan
  7. Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan.
  8. Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  9. Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru kanan atas jenis permohonan yang di pohon iaitu Pinjaman Pelajaran Dalam Negara/Skim Bantuan Pendaftaran.
  10. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan) atau bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke pejabat YPJ adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pelajar.
  2. Salinan Sijil Kelahiran.
  3. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.
  4. Salinan Penyata Pendapatan ibu dan bapa/penjaga (slip haji/penyata pendapatan).
  5. Salinan Surat Tawaran IPT.
  6. Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
  7. Salinan Sijil SPM.
  8. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (jika berkaitan).
  9. Salinan Sijil Kematian/Penceraian (jika berkaitan).
  10. Salinan Bil Elektrik dan Bil Air yang terkini.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pelajaran Dalam Negara 2024, sila layari laman web http://portal.ypj.gov.my/ atau menghubungi 07-2344 355/013-729 0355 (whatsapp).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: