Permohonan Pinjaman Pelajaran YAKIN 2023

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) mempelawa pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di IPTA dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia untuk memohon Pinjaman Pelajaran YAKIN 2023.

YAKIN merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1981 sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanggungjawab memberikan bantuan dan kemudahan pendidikan kepada pelajar tempatan.

Pemberikan pinjaman pelajaran ini dapat membantu meringankan beban pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi terutamanya melibatkan kos pembelajaran dan sara hidup yang semakin meningkat.

Pinjaman ini adalah berbentuk boleh ubah dan permohonan adalah secara atas talian dibuka mulai 8 September 2023 sehingga 8 Oktober 2023.

Syarat Permohonan Pinjaman Pelajaran YAKIN

Syarat permohonan untuk pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegra Malaysia peranakan Kelantan (Rakyat Kelantan).
  2. Telah diterima masuk ke IPTA dan KIAS.
  3. Lulus dengan baik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia.
  4. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan bagi kursus-kursus Ijazah Pertama.
  5. Pelajar-pelajar universiti yang berada di tahun 2,3 dan 4 semasa memohon hanya boleh dipertimbangkan sekiranya mereka memperolehi keputusan CGPA 2.5 ke atas atau yang setaraf dengannya.
  6. Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://espmb.com/yakin/.
  2. Dalam bahagian ‘Permohonan Online,’ klik butang Daftar (Dalam Negara).
  3. Isi no kad pengenalan dan klik butang ‘Terima Syarat dan Isi Borang.’
  4. Isi semua bahagian yang diperlukan.
  5. Cetak permohonan yang telah dibuat.
  6. Hantar permohonan yang lengkap bersama dokumen yang disahkan ke pejabat YAKIN.

Cara Semak Status Permohonan

Selepas menghantar permohonan, pemohon boleh menyemak status permohonan mereka secara atas talian melalui:

  1. Layari laman web http://espmb.com/yakin/.
  2. Klik butang ‘Semak.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan no siri permohonan.
  4. Klik butang ‘Semak.’
  5. Status permohonan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pelajaran YAKIN 2023 sila layari laman web https://yakin.kelantan.gov.my/.

Pemohon juga boleh menghubungi 09-748 3213/09-744 6127.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: